Berita Auto

BMW Group Malaysia Kukuhkan Rangkaian Pengedaran dengan Wheelcorp Premium, Setia Alam.

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan kemudahan 4S terkini BMW dan MINI iaitu Wheelcorp Premium di Setia Alam. Pengedar baharu itu akan menawarkan perkhidmatan 4S BMW Group yang ekstensif (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) kepada para pelanggan di kawasan Setia Alam dan Klang.

Pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Pada tahun 2012, BMW Group Malaysia dan Wheelcorp Premium telah menubuhkan satu pusat 4S di Setia Alam dengan komitmen untuk menyediakan kemudahan lebih besar dalam tempoh beberapa tahun kemudian. Pagi ini, kami berbesar hati untuk menunaikan janji tersebut dengan membuka pintu pusat 4S BMW dan MINI Wheelcorp Premium yang baru di Setia Alam.”

BMW (05)

Menurut Harris lagi, Setia Alam dan Klang adalah pasaran yang berpotensi berikutan penyerahan 500 buah kenderaan premium pada setiap tahun. Sejak penubuhan Wheelcorp Premium, BMW Group Malaysia mampu mencatat pertumbuhan untuk memenuhi permintaan tersebut.

Dengan ruang binaan dianggarkan seluas 107,500 kaki persegi di atas tanah 1.1 ekar,  pusat 4S BMW dan MINI Wheelcorp Premium yang baru diperkenalkan ini terdiri daripada sebuah bangunan empat tingkat. Ia turut menawarkan perkhidmatan BMW Premium Selection, perniagaan kereta terpakai BMW Group, selain kemudahan baik pulih Badan dan Cat.

Di tingkat bawah, pusat 4S baharu Wheelcorp Premium mempunyai ruang untuk mempamerkan sehingga 12 unit kenderaan BMW, 4 buah MINI baharu, di samping kawasan khas Lifestyle Collection BMW dan MINI. Sebagai tambahan. Tingkat bawah kemudahan baharu itu turut menempatkan 15 ruang bengkel penyelenggaraan seluas 13,000 kaki persegi.

Tingkat bawah tersebut bersambung dengan tingkat satu iaitu kawasan BMW Premium Selection yang mampu mempamerkan sehingga 30 buah kenderaan pada satu-satu masa. Ia dilengkapi bar kafe BMW Isetta dan ruang menunggu untuk pelanggan. Tingkat satu juga menempatkan ruang pameran BMW M Performance yang boleh menempatkan sebuah kenderaan, selain alat-alat ganti dan aksesori BMW M Performance.

BMW (03)

Tingkat dua pula merupakan kawasan menyimpan stok yang berupaya menempatkan lebih 80 buah kereta. Sementara tingkat tiga memiliki keluasan 22,000 kaki persegi untuk kerja-kerja baik pulih Badan dan Cat, lengkap dengan ruang mengecat. Secara keseluruhannya, pusat 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI dikendalikan oleh 50 orang kakitangan.

Ketua Pengedaran Wheelcorp Premium, Jayden Liew berkata, “Kemudahan baharu kami di Setia Alam ini menampilkan identiti jenama BMW dan MINI yang terkini. Para pelanggan dan pengunjung pasti menyedarinya sebaik sahaja mereka masuk ke dalamnya.”

Tambah Liew lagi, dengan pertumbuhan pasaran yang signifikan di Setia Alam dan Klang, kemudahan 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI sedia untuk menawarkan perkhidmatan premium sebagaimana yang dijanjikan menerusi pemilikan kenderaan BMW Group. Kemudahan baharu ini juga merupakan gelombang kedua Wheelcorp Premium dalam memenuhi pertumbuhan permintaan di kawasan terbabit. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, pengedaran BMW dan MINI di Malaysia akan mengukuhkan pasukan serta tenaga kerjanya demi memenuhi pertumbuhan perniagaan di kawasan-kawasan berkaitan.

Kemudahan 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI yang baru ini terletak di No. 1, Jalan Setia Murni AH, U13/AH, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1800 88 3000 atau layari laman web www.bmw.com.my.

BMW (04)

 

Previous post

Tempahan Nissan NP300 Navara Serba Baharu Kini Dibuka. Dari RM85,000

Next post

Beetle Habis Dijual!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *