Bisnes

UMW Toyota Motor Tangguh Sementara Operasi Kilang Dan Jualan

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada 1 Jun 2021 di seluruh negara, UMW Toyota Motor telah menggantung sementara operasi pengilangan serta penjualannya.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-21

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Kami telah menangguhkan sementara semua perkhidmatan tidak penting. Dalam masa sama, kami faham dalam keadaan tidak menentu ini, kami tetap boleh membantu dan menyediakan sokongan. Untuk itu, kami akan tetap ada sekiranya kenderaan anda rosak atau dalam kecemasan dan memerlukan perhatian.”

“Tak lupa juga, semua kenderaan yang dibeli daripada UMW Toyota Motor atau pengedar sah kami dengan jaminan sedia ada yang sah serta akan tamat di dalam tempoh PKP ini, anda akan menikmati lanjutan tempoh berkenaan selama 30 hari, yang akan dikira dari hari terakhir PKP,” tambahnya.

Syarikat juga baru-baru ini mengumumkan bahawa jualan kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia terus menunjukkan corak peningkatan, dengan keseluruhannya mencatatkan sebanyak 7,595 unit terjual sepanjang Mei 2021, atau melibatkan peningkatan 120% berbanding tempoh sama pada tahun 2020.

Jumlah berkenaan dipacu terutamanya oleh model-model seperti Vios yang menyumbang 32% daripada jumlah jualan, diikuti Yaris (25%) dan Hilux yang menyumbang sebanyak 21% bagi jualan bulan Mei 2021.

Pertumbuhan itu menjadi petunjuk jelas kepada keyakinan pembelian oleh pelanggan. Mereka juga berlumba untuk memanfaatkan penjimatan tambahan daripada pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini telahpun dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil beberapa langkah dan campur tangan bukan sahaja untuk melindungi Malaysia daripada ancaman pandemik, tetapi juga di dalam memperkenalkan dasar kewangan serta industri untuk memastikan pandemik ini memberi kesan yang tidak terlalu parah terhadap ekonomi,” ujar Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Takeyama menambah bahawa kesan pandemik ini tidak boleh dijangka dan sukar diramal, tetapi pengenalan beberapa model baru sepanjang tahun ini yang digandingkan dengan insentif SST untuk pelanggan telah membantu industri automotif tempatan menghadapi badai ini dalam kedudukan yang kukuh.

Previous post

Triumph Speed Twin 2021 Diperkenalkan - Harga Dari RM77,900

Next post

Ganjaran Hebat Nissan Sempena Lanjutan Pengecualian SST

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *