Berita Auto

Aplikasi Mudah Alih Mitsubishi Connect MY Ditambah Baik

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan penambahbaikan untuk aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect MY yang dilancarkan pada Jun tahun lalu. Ini selaras dengan usaha syarikat untuk memperkukuhkan strategi teknologi digitalnya untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan para pengguna semasa pandemik.

Sebelum ini, Mitsubishi Connect sudah membolehkan pemilik untuk membuat tempahan janji temu servis, menerima peringatan janji temu servis dan memeriksa sejarah servis. Kini, dengan status notifikasi servis yang akan memberitahu kereta mereka siap diservis, pemilik tidak lagi perlu menunggu di pusat servis.

Bukan itu sahaja, pemilik juga boleh mendapatkan anggaran kos servis seterusnya dan perincian mengenai waranti. Peringatan untuk pembaharuan cukai jalan dan insurans juga akan diberikan menerusi aplikasi itu.

Sebagai tambahan, pemilik Mitsubishi kini boleh mendapatkan bantuan tepi jalan jika berlaku kerosakan atau kemalangan dengan menggunakan ciri SOS Trace & Track. Dengan menekan butang ‘SOS’ di dalam aplikasi, lokasi pengguna akan dijejaki dengan GPS dan setelah disahkan, kakitangan perkhidmatan pelanggan Mitsubishi Motors akan menghantar bantuan dengan segera.

“Dengan penambahbaikan terhadapan aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect MY dan Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi, kami ingin meyakinkan pelanggan kami bahawa bersama dengan mereka dari pembelian hingga pemilikan dalam persekitaran yang selamat,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Mitsubishi Connect MY boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

Previous post

Pagani Huayra BC Pachetto Tempesta Hadir Dengan 827 HP, 1,100 Nm

Next post

Lakaran Model Honda CR-V 2022 Muncul Di Media Sosial

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *