Berita Auto

Aplikasi Mitsubishi Connect Dilancarkan di Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect khas untuk pemilik kenderaan Mitsubishi di negara ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Mitsubishi Connect bukan sahaja menawarkan pelbagai perkhidmatan digital berkaitan kenderaan, malah ia juga boleh digunakan untuk menjadualkan sesi janji temu dengan pusat servis, menyimpan sejarah penyelenggaraan dan mendapatkan peringatan untuk penyelenggaraan yang seterusnya.

Pelanggan juga boleh mencari bilik pameran dan pusat servis MMM terdekat berserta maklumat wakil pengedar dan navigasi menerusi aplikasi ini. Apa yang menarik, pelanggan boleh mendaftarkan lebih daripada satu kenderaan di bawah satu akaun.

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan pelanggan menghubungi talian Mitsubishi Assist 24 Jam dan perkhidmatan kecemasan sekiranya perlu. Dengan hanya menekan butang ‘SOS’, lokasi pengguna akan dikesan dengan tepat menerusi GPS dan maklumatnya akan disahkan oleh kakitangan khidmat pelanggan MMM untuk segera menghantar bantuan.

Fungsi-fungsi lain yang ditawarkan termasuklah berita dan promosi terkini, carian maklumat produk serta muat turun e-Brosur.

Previous post

Prince of Drift Berlumba Di GP D1 Dengan Supra V8 GR

Next post

Lotus Sambut Ulang Tahun ke-20 Exige

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *