Cerita Auto

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line Terima Kelengkapan Baharu

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan beberapa penambahan ciri baharu ke atas model Volkswagen Tiguan Allspace R-Line.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Untuk model 2021, Tiguan Allspace R-Line kini dilengkapi dengan port pengecas dan data USB-C, serta radio yang hadir bersama ciri App-Connect tanpa wayar untuk ketersambungan Apple Car Play.

SUV ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 TSI dengan teknologi pancitan terus bahan api. Dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan, enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 220 PS dan tork 350 Nm. Sistem pacuan semua roda 4MOTION membuatkannya bersedia untuk mengharung apa jua permukaan jalan.

Kempen Selepas Jualan Raya

Bermula sekarang hingga 13 Jun, pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati diskaun sebanyak 20% untuk minyak enjin tulen Volkswagen.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM1,200 akan menerima satu kit penjagaan kereta secara percuma. Ia merangkumi penggilap berlilin, syampu, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol 50ml. Mereka juga akan menerima paket wang Hari Raya secara percuma, sementara stok masih ada.

Volkswagen di ACE

Volkswagen akan mengambil bahagian dalam acara Auto Car Expo (ACE) pada 17 dan 18 April di Setia City Convention Centre. Antara yang ditawarkan ialah rebat tunai tambahan sebanyak RM1,000 bersama promosi sedia ada.

Mereka yang menempah Passat Elegance dan R-Line akan menikmati percutian mewah yang ditanggung sepenuhnya di Pangkor Laut Resort.

Sebagai tambahan, Passat Elegance hadir dengan insurans percuma selama 1 tahun bernilai RM5,500, manakala Passat R-Line pula didatangkan bersama petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.

Model-model yang dipamer serta boleh dipandu uji termasuklah Arteon R-Line, Passat Elegance, Passat R-Line, Tiguan Allspace R-Line dan Highline. Terdapat juga kenderaan terpakai di bawah Das WeltAuto untuk dilihat dan dipandu uji pada acara tersebut.

Previous post

Ini Dia Honda Civic Sedan Generasi Ke-11 Versi Produksi

Next post

Lexus LM 350 Dilancarkan Di Malaysia - RM1.1 Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *