Berita Auto

Lexus LM 350 Dilancarkan Di Malaysia – RM1.1 Juta

Lexus Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan Lexus LM 350, kira-kira empat bulan selepas ia dibuka untuk tempahan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ia dijual pada harga RM1,148,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) berserta jaminan komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Dibangunkan sebagai kenderaan “pengangkut mewah” untuk golongan profesional, LM 350 hadir dengan ciri-ciri premium seperti lampu projektor LED tiga tahap, gril spindle besar serta rim aloi 18 inci dalam kemasan metalik krom dengan dengan rekaan khas untuk pengurangan bunyi. Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan putih (White Pearl Crystal Shine).

Di dalam, fokus utama adalah untuk memberikan keselesaan maksimum kepada penumpang belakang. Bagi tujuan itu, Lexus menggunakan kerusi lounge VIP yang mempunyai kusyen Adaptipedic yang mengikut bentuk tubuh, serta perehat kaki dengan fungsi urutan bersama ciri penyejukan dan pemanasan.

LM 350 boleh dijadikan sebagai ‘bilik mesyuarat bergerak’ dengan adanya penghadang di antara baris tempat duduk pertama dan kedua. Penghadang tersebut mempunyai panel kaca yang boleh dinaikkan dengan satu sentuhan dan menawarkan pengasingan bunyi dan boleh digelapkan bagi memastikan privasi penumpang tidak terganggu.

Selain itu, terdapat juga panel paparan 24-inci definisi tinggi, sistem audio Mark Levinson dengan 19 pembesar suara, peti sejuk mini, rak majalah boleh lipat serta kubikel besar di kedua-dua sisi untuk ruang simpanan tambahan. Pemandu pula boleh mengakses sistem infohibur menerusi skrin sentuh 12.3- inci dengan kawalan yang diaktifkan melalui pad sentuh, Apple CarPlay serta sambungan Android Auto.

Bagi memastikan ia memenuhi kualiti yang dijangka dari kenderaan Lexus, LM 350 dikuasakan oleh enjin berkuasa 3.5 liter V6 yang menghasilkan output 296 hp dan tork 361 Nm. Enjin tersebut digandingkann dengan transmisi automatik Direct Shift lapan-kelajuan. Kualiti perjalanan yang baik disumbangkan oleh sistem suspensi canggih rekaan Lexus yang menggunakan teknologi penyerap hentak dengan ‘swing valve’.

Aspek keselamatan pula terdiri daripada Lexus Safety System+ (LSS+) yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Start/Stop, Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA) dan Adaptive High-Beam System (AHS). Tujuh beg udara (termasuk beg udara tirai) akan mengurangkan risiko kecederaan serius pada penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

Previous post

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line Terima Kelengkapan Baharu

Next post

TREVO Guard Dilancarkan: Pembaharuan Insuran Kereta Melalui Telefon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *