Berita Auto

Volkswagen Passat Elegance Masuk Pasaran Malaysia

Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance telah dilancarkan di Malaysia, empat bulan selepas ia diperkenalkan di Jerman.

Volkswagen Passat Elegance

Selain reka bentuk luaran dan dalaman yang diperkemaskan, model facelift ini menampilkan aspek ketersambungan yang telah ditambah baik dan signatur lampu baharu.

Perbezaan rekaan luaran yang dibawa merangkumi bentuk lampu yang direka semula, rekaan baharu profil hadapan dan belakang, lencana “Passat” pada tailgate dan rim ‘Liverpool’ berukuran 18 inci.

Di dalam, antara aspek yang telah dinaik taraf ialah kemasan pintu rekaan baru, 30 pilihan warna lampu ambien dan stereng multi fungsi yang dibalut kulit.

Sistem infotainmen pula terdiri daripada Digital Cockpit berukuran 11.7 inci dengan pelbagai fungsi navigasi 2D dan 3D serta media. Enam paparan skrin boleh ubah pula menawarkan aspek personalisasi dengan lebih 30 pilihan kombinasi.

Bagi meningkatkan keselesaan, Passat dilengkapi dengan tempat duduk kulit dengan fungsi pelarasan elektrik 12 cara, sistem pendingin hawa tiga zon Climatronic dan pelindung cahaya matahari pada cermin belakang. But berkeluasan 586 liter memberikan ruang meletak bagasi yang cukup besar.

Passat baharu dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 TSI dengan janaan berjumlah 190 PS dan 320 Nm. Dengan kotak gear klac basah DSG tujuh kelajuan, model ini menawarkan penggunaan bahan api sekitar 6.5l/100 km berdasarkan kitaran WLTP.

Dari segi keselamatan, Passat kini mendapat Side Assist dengan Rear Cross Traffic Alert, Sistem Pemantauan Titik Buta dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar.

Turut disertakan adalah Electronic Stability Control (ESC), Sietem Brek Anti-Kunci (ABS) and Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Hill-hold Control, Automatic Post-Collision Braking System dan Proactive Passenger Protection System.

Dijual pada harga RM189,012 (harga atas jalan tidak termasuk insurans), Passat 2.0TSI Elegance boleh didapati dalam enam warna iaitu Aquamarine Blue, Manganese Grey, Reflex Silver Tamarind Brown, Deep Black dan Oryx White.

Previous post

Porsche Cayenne Coupé Di Singapore Motor Show 2020

Next post

BHPetrol Mula Jual Petrol Infiniti RON95 Euro4M

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *