Berita Auto

Ini Dia Honda Civic Sedan Generasi Ke-11 Versi Produksi

Honda Civic sedan generasi ke-11 telah didedahkan secara rasmi, kira-kira lima bulan selepas versi prototaipnya dipertunjukkan.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Selain penambahan lampu kabus pada sudut kiri dan kanan bampar hadapan, rekaan versi produksi ini boleh dikatakan sama sahaja dengan versi prototaip. Honda menggunakan falsafah ‘Man-Maximum, Machine-Minimum’ dalam proses reka bentuknya bagi menjadikan pemanduan lebih mudah.

Ini boleh dilihat menerusi rekaan tiang A yang telah dialihkan ke belakang, dan cermin sisi yang kini diletakkan pada pintu – kedua-duanya berfungsi memberikan pemandu sudut pandangan yang lebih jelas.

Jika dibandingkan dengan Civic FC, model generasi baharu ini tampil lebih matang dengan rekaan gril dan lampu yang lebih nipis. Sementara itu, bukaan udara yang lebih besar pada bahagian tengah bampar membuatkannya nampak lebih sporty.

Gambar rasmi bagi sudut belakang masih belum didedahkan, namun rekaannya dijangka tidak jauh berbeza dengan model prototaip. Apa yang pasti, lampu belakang berbentuk ‘sepit ketam’ tidak lagi digunakan pada model generasi ke-11. Sebaliknya, ia digantikan dengan lampu yang lebih konvensional dengan grafik berbentuk L.

Merujuk kepada lakaran yang disiarkan bersama dengan imej versi prototaip pada November tahun lalu, papan pemuka Civic dilihat lebih ringkas dan kemas, dengan lubang pendingin hawa yang merentangi keseluruhan papan pemuka dan tiga tombol kawalan pada bahagian bawah.

Menurut Honda, Civic akan didatangkan dengan panel instrumen digital serta skrin sentuh berukuran sembilan inci yang diletakkan di bahagian atas papan pemuka. Selain itu, ia juga mendapat sistem keselamatan aktif dan pasif baharu, rekaan beg udara baharu serta teknologi Honda Sensing yang telah dipertingkatkan.

Previous post

VIDEO: Toyota Harrier 2.0 Luxury - RM250k

Next post

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line Terima Kelengkapan Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *