Berita Auto

Volkswagen Passat R-Line Masuk Pasaran Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Passat R-Line baharu pada harga RM203,411.18 (tidak termasuk cukai jualan). Model ini dihasilkan di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang.

Diinspirasikan oleh model-model Volkswagen R, sedan segmen D ini menyerlahkan lagi penampilannya dengan bampar hadapan dan belakang R-Line, lencana sisi R-Line, kemasan krom serta rim Verona bersaiz 19 inci. Enam warna luaran ditawarkan iaitu Aquamarine Blue, Tamarind Brown, Manganese Grey, Reflex Silver, Deep Black dan Oryx White.

Untuk ruang kabin pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas pada tempat duduk dan stereng yang dibalut upholsteri kulit Nappa gayaan karbon berwarna hitam, pedal sports aluminium serta kemasan bumbung hitam.

Seperti Passat Elegance, versi R-Line mempunyai sistem infotainmen yang merangkumi skrin sentuh Discover Pro 9.2 inci dengan sokongan Wireless App-Connect, Apple CarPlay dan Android Auto, serta tidak dilupakan Sistem audio Helix 300W Soundbar (bernilai RM2,400).

Turut disertakan adalah Digital Cockpit, tempat duduk ErgoComfort dengan 14 tetapan serta fungsi urutan dan memori pada tempat duduk pemandu. Nilai estetika ruang kabin disempurnakan dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna.

Di bawah hud, terdapat enjin TSI 2.0-liter yang menghasilkan 190 PS dan 320 Nm dan transmisi klac berkembar DSG tujuh kelajuan. Passat R-Line juga didatangkan dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang menawarkan sehingga 15 pilihan peningkatan atau pemandu boleh memilih salah satu daripada tiga mod yang ditawarkan iaitu Sport, Comfort atau Normal.

Dengan ciri Driving Mode Selection (DMS) pula, pemandu boleh memilih corak pemanduan yang disukai sama ada Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

Ciri keselamatan yang disertakan adalah Rear Cross Traffic Alert, Ciri Side Assist, Tyre Pressure Monitoring System serta sistem Electronic Differential Lock (XDS) yang berfungsi menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan ‘understeer’.

Previous post

Volkswagen Golf GTI Clubsport Mk8 Ada Mod Khas Untuk Nurburgring

Next post

Flux Memberi Potongan 50% Untuk 3 Bulan Sempana Ulang Tahun Pertama Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *