Sukan

Jentera Le Mans Hypercar Toyota Akan Diperkenalkan 15 Jan Depan

Toyota Gazoo Racing dalam satu ciapan di laman Twitter rasminya mengesahkan bahawa jentera lumba Le Mans Hypercar (LMH) baharu mereka akan diperkenalkan pada 15 Januari depan.

Bakal bertanding dalam kelas Hypercar baharu dalam Kejohanan Endurance Dunia (WEC) musim 2021, jentera itu mempunyai trenkuasa hibrid yang menghasilkan 680 PS. Trenkuasa tersebut dipercayai terdiri daripada enjin 2.4-liter dwi-turbo V6 yang digandingkan dengan sebuah motor elektrik.

Selain itu, TGR turut mendedahkan bahawa Hypercar seberat 1,030 kg itu dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda dan menggunakan tayar keluaran Michelin.

Selaras dengan peraturan homologasi, Toyota akan menghasilkan sekurang-kurangnya 20 unit versi jalanan jentera lumba itu. Dipratontonkan menerusi model konsep GR Super Sport yang diperkenalkan pada 2018, model versi jalanan itu dilaporkan mempunyai enjin dwi-turbo V6 dan sistem hibrid yang menghasilkan kuasa keseluruhan mencecah 986 hp.

Previous post

Pemilik Peugeot Diminta Kemas Kini Maklumat Peribadi

Next post

Nissan Juke Tampil Lebih Bergaya Dengan Edisi Enigma

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *