Berita Auto

Pemilik Peugeot Diminta Kemas Kini Maklumat Peribadi

Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) menggesa semua pemilik kenderaan Peugeot untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka menerusi lawan web rasmi Peugeot di www.peugeot.com.my.

Proses ini bagi membolehkan BAASB memperkemaskan sistemnya sekaligus memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik dengan menyampaikan maklumat seperti peringatan servis, tempoh waranti, kempen servis, berita dan sokongan tambahan kepada semua pemilik Peugeot.

Pemilik dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi mereka dan menyertakan bukti pemilikan dengan melampirkan kad pendaftaran kenderaan serta buku servis dan waranti. Semua maklumat yang dikumpul akan dilindungi berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BAASB menerusi emel customersupport@baasb.com.my atau hubungi talian 03-7627 8818 yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Previous post

Hyundai Dan Kia Menjangka Peningkatan Jualan Kereta Pada 2021

Next post

Jentera Le Mans Hypercar Toyota Akan Diperkenalkan 15 Jan Depan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *