Berita Auto

Nissan Juke Tampil Lebih Bergaya Dengan Edisi Enigma

Nissan Juke generasi kedua adalah antara beberapa model yang dilihat mampu membuatkan orang berbahagi pendapat. Ramai yang suka akan rekaannya namun tidak kurang juga ada yang berasa mual melihat crossover kompak itu. Bagaimanapun, Juke Enigma dijangka mampu mengubah fikiran mereka yang tidak menyukainya.

Ini kerana model edisi istimewa itu hadir dengan penampilan yang lebih agresif dan sporty yang ditonjolkan menerusi penggunaan rim aloi ‘Akari’ (bermaksud ‘ringan’ dalam bahasa Jepun) berukuran 19 inci berwarna hitam serta corak grafik geometri pada garis bumbung dan cermin sisi.

Selain itu, terdapat juga grafik signatur Enigma pada tiang C yang boleh didapankan dengan tiga pilihan kombinasi warna iaitu Gun Metallic Grey atau Storm White dengan bumbung hitam atau hitam sepenuhnya.

Juke Enigma (dan varian Juke yang dilengkapi dengan sistem infohibur NissanConnect) turut mendapat ciri Amazon Alexa yang membolehkan pelanggan mengawal ciri-ciri tertentu menerusi telefon pintar mereka atau peranti Alexa di kediaman.

Dengan menggunakan 13 ucapan yang telah ditetapkan, pelanggan boleh meminta Alexa untuk menghantar alamat lokasi ke sistem navigasi kenderaan, menghidupkan lampu, menunjukkan lokasi kereta yang diparkir atau baki petrol, serta status kunci pintu.

Juke Enigma akan ditawarkan pada harga £23,195 (RM126,730) dan boleh didapati di pengedar Nissan United Kingdom bermula bulan ini.

Previous post

Jentera Le Mans Hypercar Toyota Akan Diperkenalkan 15 Jan Depan

Next post

Volkswagen Tawar Rebat 'Ang Pao' RM1,000 Sempena Tahun Baru Cina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *