Promosi / Tawaran / Peraduan

Dapatkan Renault Captur Pra-Milik Pada Harga Promosi RM60,000 Sahaja

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi jualan Renault Captur bagi unit baharu atau pra-milik. Unit adalah terhad dan tawaran sah sehingga 31 Disember 2020.

Pelanggan yang membeli Captur baharu (berharga RM105,289) akan mendapat jaminan pengeluar selaman lima tahun dan penyelenggaraan percuma, di samping nilai tukar-beli RM20,000 dengan kenderaan tukar-beli. Rebat tunai bernilai RM18,000 akan diberikan kepada pelanggan yang tidak membuat tukar-beli.

Sementara itu, mereka yang ingin mendapatkan Captur pra-milik boleh memilih antara model facelift 2018 yang berharga RM60,000 atau model facelift 2019 yang berharga RM65,000. Kedua-duanya didatangkan dengan penyelenggaran percuma selama setahun dan jaminan terhad.

Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans, untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada usaha digitalisasi yang berterusan untuk menawarkan kemudahan dan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, Renault juga telah membuka bahagian ‘Pre-Owned’ di dalam Renault E-Store supaya pelanggan boleh memilih unit Captur pra-milik dan melengkapkan proses pembelian tanpa perlu keluar dari rumah.

Captur menampilkan enjin turbo TCe 120 yang menjana 120 PS dan 205 Nm dari serendah 2,000 rpm. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia dikatakan mempunyai prestasi dan pecutan yang setara dengan enjin NA 1.8-liter.

Antara ciri standard yang disertakan termasuklah skrin sistem infotainmen tujuh inci, kemasukan tanpa kunci, kamera undur, mod ECO, Electronic Stability Control (ESC), Hill Start Assist (HSA) dan pelbagai lagi. Ia mempunyai ruang but dengan kapasiti maksimum 1,235 liter.

Previous post

Sijil EEV Cegah Penggunaan Massa Kenderaan Elektrik

Next post

Honda N-One RS Hadir Dengan Enjin Turbo, Transmisi Manual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *