Berita Auto

Honda N-One RS Hadir Dengan Enjin Turbo, Transmisi Manual

Selain Honda S660, N-One juga merupakan salah satu pilihan peminat Kei Car di Jepun sejak pengenalannya pada 2012. Kini, setelah lapan tahun berada di pasaran, Honda mengumumkan kemaskini terbaru untuk model kecil molek itu.

Di samping penambahbaikan reka bentuk dan kelengkapan, apa yang mendapat perhatian kami adalah varian RS yang menampilkan transmisi manual enam kelajuan.

Ini merupakan satu langkah yang jarang dilakukan dalam industri automotif masa kini. Majoriti pengeluar tidak lagi menawarkan transmisi manual walaupun pada model berprestasi tinggi akibat permintaan yang semakin mengecil. Namun, menurut Honda, ada di antara pelanggan mereka yang masih mahukan transmisi manual.

Apa yang menjadikan N-One RS lebih menarik adalah penggunaan enjin turbo 660 cc, tiga silinder yang menghasilkan 64 PS dan 104 Nm untuk dipacu ke roda hadapan. Angka ini memang tidak seberapa namun N-One adalah kereta kecil yang ringan, jadi ia sepatutnya cukup untuk membekalkan keseronokan memandu.

Selain RS, N-One juga ditawarkan dalam versi Original, Premium dan Premium Tourer. Original dan Premium dikuasakan oleh enjin NA 660 cc berkuasa 58 PS dan 65 Nm yang dipadankan dengan CVT. Premium Tourer pula mempunyai enjin yang sama dengan RS namun dengan kotak gear CVT dan pacuan empat roda.

Tambah Honda, N-One juga didatangkan standard dengan sistem bantuan pemandu Honda Sensing. Ini termasuklah versi RS, yang masih boleh memanfaatkan ciri Adaptive Cruise Control dan Lane Keeping Assist. Bagaimanapun, ciri Low-Speed Follow hanya tersedia untuk varian CVT.

N-One versi 2021 akan memasuki pasaran Jepun pada bulan ini dengan harga bermula dari 1,599,400 yen (RM62,566) hingga 2,022,900 yen (RM79,133). N-One RS dijual pada harga 1,999,800 yen (RM78,229).

Previous post

Dapatkan Renault Captur Pra-Milik Pada Harga Promosi RM60,000 Sahaja

Next post

Lagi lagi Recall Airbag. Kali Ini SUV & Trak Pikap General Motors

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *