Berita Auto

Volkswagen Lancar Perkhidmatan Penghantaran Kereta ke Rumah

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah inisiatif jualan baharu di mana pelanggan Volkswagen boleh memilih supaya kereta baharu mereka dihantar terus ke rumah.

Selari dengan falsafah “People First”, inisiatif ini dijalankan bagi memudahkan urusan pelanggan di samping memberi pengalaman baharu.

Perkhidmatan ini disediakan di semua wakil pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Penghantaran adalah percuma untuk pemilik yang berada dalam jarak 20 km dari pusat pengedar pilihan mereka.

Erik Winter, pengarah urusan VPCM berkata, “Dengan pengenalan perkhidmatan ini, kami memudahkan pelanggan kami untuk membeli kereta Volkswagen dari kediaman mereka.”

Tambah beliau lagi, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen Safe Hands Volkswagen yang menekankan prosedur tanpa kontak untuk jualan dan selepas jualan sebagai jaminan kepada keselamatan pelanggan mereka.

Semua kereta Volkswagen baharu akan dihantar dengan trak ‘flatbed’ dan ditutup dengan kanvas sebagai langkah perlindungan. Selari dengan garis panduan kesihatan, trak akan dibersihkan dan dinyahkuman sebelum dan selepas setiap penghantaran, manakala pemandu pula diperiksa secara kerap dan mengamalkan amalan keselamatan COVID-19.

Pemilik akan menerima notifikasi SMS sebaik sahaja kereta mereka dalam perjalanan ke rumah mereka. Sebagai langkah keselamatan, Welcome Kit dan kunci kereta disimpan di dalam kereta yang dikunci.

Previous post

Usikan Lexus IS Gen ke-4 Sekarang Dengan Pendedahan Akan Datang Pada 10 Jun

Next post

BMW Malaysia Lancar Program Waranti Bateri PHEV Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *