Promosi / Tawaran / Peraduan

BMW Malaysia Lancar Program Waranti Bateri PHEV Baharu

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Program Waranti Bateri PHEV baharu untuk pemilik kenderaan hibrid ‘plug-in’ PHEV jenama BMW dan MINI di negara ini.

Menerusi program baharu ini, waranti bateri PHEV sedia ada akan dilanjutkan sehingga dua tahun dan 60,000 km, sekaligus menjadikan had keseluruhan waranti lapan tahun dan 160,000 km (mana-mana tiba dahulu).

Program baharu ini juga ditawarkan sebagai opsyen lanjutan melalui Program Naik Taraf Selepas Jualan BMW dan MINI (BMW and MINI Aftersales Upgrade Programmes) bagi BMW 330e, X5 xDrive40e, 530e dan MINI Countryman PHEV pada harga RM 2,200, serta 740Le pada harga RM7,600.

Program Waranti Bateri PHEV ini ditawarkan mulai sekarang sehingga 31 Disember 2020. Maklumat lanjut boleh didapati di https://bit.ly/BMWMY8YearWarranty.

Selain itu, BMW Group Malaysia turut memperkenalkan program pembiayaan menerusi BMW Credit Malaysia. Selain insurans percuma dan program perlindungan percuma selama setahun, pemilik 740Le juga dapat menikmati rebat tunai bernilai RM60,000 dengan kadar pembiayaan 0.88% dengan BMW Straight Line Financing Solution, dan satu entri automatik dalam peraduan BMW i8 Coupe.

Selain itu, sebuah program berasingan pula menawarkan pelan ansuran bertempoh tiga bulan secara percuma bagi model-model BMW terpilih, dengan rebat tunai berjumlah RM10,000 hingga RM30,000. Pelanggan perlu membuat tempahan dengan bayaran pendahuluan minimum berjumlah 20% bagi 740Le LCI, X3 xDrive30i Luxury, X1 sDrive20i, atau model-model 5 Series dan 3 Series yang terpilih.

Sementara itu, kempen MINIMISE pula menawarkan kadar bermula 0%, eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid, serta rebat tunai berjumlah RM16,000 dan bantuan bayaran ansuran sebanyak RM5,000. Pemilik baharu juga akan dihadiahkan MINI Public Charging Cable, berserta kad ChargeNow.

Previous post

Volkswagen Lancar Perkhidmatan Penghantaran Kereta ke Rumah

Next post

Jualan Proton Pada Bulan Mei Tunjuk Tanda Pemulihan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *