
Pemilik Volkswagen Di Malaysia Menang Tuntutan Kereta Baharu Yang Rosak
Mahkamah mendapati bahawa kereta baharu pelanggan itu mempunyai “kecacatan yang nyata dan asas”. Sebuah syarikat diberi ganti rugi sebanyak RM90,000 dalam tuntutannya terhadap sebuah pengedar kenderaan kerana tidak dapat menggunakan kereta baharu dibeli daripada pengedar berkenaan. Kes tersebut melibatkan pemilik kenderaan tersebut, sebuah syarikat bernama Poratha Corporation Sdn Bhd dan …

Ford Berkembang Untuk Menutup Volkswagen Cergaz Autohaus Di TTDI
Dealer VW 3S Cergaz Autohaus Tutup Kedai Sekiranya anda memandu di sepanjang lebuh raya Damansara-Puchong (TTDI) menuju Desa Park City dan Sungei Buloh sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, anda akan melihat bangunan tinggi dan bangga dengan logo Volkswagen (VW) di tepi dan di depan bangunan (seberang jalan IKEA dan Mutiara …

Volkswagen Tawar Rebat ‘Ang Pao’ RM1,000 Sempena Tahun Baru Cina
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan rebat ‘ang pao’ menarik untuk pelbagai model Volkswagen. Promosi ini sah sehingga 28 Februari 2021. Di samping rebat ang pao yang disedaiakan, pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menikmati penjimatan tambahan eksklusif dalam talian. Mereka …

Aplikasi Mudah Alih Volkswagen Cares Capai 30,000 Ahli
Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares yang dilancarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dua tahun lalu sudah berjaya mencatat 30,000 muat turun dan ahlinya. Aplikasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif selepas jualan Volkswagen Cares yang komited untuk memberikan yang terbaik kepada pemilik kenderaaan Volkswagen di negara ini. Aplikasi Volkswagen Cares …

Volkswagen Malaysia Mendigitalkan Perkhidmatan Selepas Jualan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) terus meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan mereka dengan pengenalan dua perkhidmatan baharu iaitu Tempahan Servis Dalam Talian dan Kamera Servis (Service Cam). Dengan Tempahan Servis Dalam Talian, pelanggan kini boleh membuat tempahan servis menerusi telefon bimbit atau komputer. Prosesnya mudah, pelanggan hanya perlu memilih pengedar, …

Volkswagen Passat R-Line Masuk Pasaran Malaysia
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Passat R-Line baharu pada harga RM203,411.18 (tidak termasuk cukai jualan). Model ini dihasilkan di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang. Diinspirasikan oleh model-model Volkswagen R, sedan segmen D ini menyerlahkan lagi penampilannya dengan bampar hadapan dan belakang R-Line, lencana sisi R-Line, kemasan …

Volkswagen Passat R-Line Boleh Mula Ditempah – RM200k-RM210k
Tidak cukup dengan pelancaran Arteon R-Line dan Tiguan Allspace, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sempat memperlihatkan Passat R-Line baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Hadir dalam versi pemasangan tempatan, sedan sporty ini sudah dibuka untuk tempahan dengan harga jangkaan antara RM200,000 hingga RM210,000. Diinspirasikan oleh rangkaian model R Volkswagen, …

Volkswagen Tiguan Allspace Tawar 7 Tempat Duduk
Selain Arteon R-Line, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut memperkenalkan model Tiguan Allspace baharu. Juga dipasang di Pekan, SUV tujuh tempat duduk ini boleh didapati dalam varian Highline 1.4 TSI dan R-Line 2.0 TSI. Allspace secara asasnya adalah varian Tiguan dengan jarak roda (wheelbase) yang lebih panjang dengan konfigurasi tempat …

Volkswagen Arteon R-Line Dilancarkan – RM221k, CKD
Setelah sekian lama, model yang ditunggu-tunggu iaitu Volkswagen Arteon akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam versi pemasangan tempatan dan R-Line. Model yang dilancarkan ini merupakan versi asal dan bukannya versi facelift yang diperkenalkan pada Jun lalu. Dipasang di Pekan, Arteon R-Line dijual pada harga RM221,065.28 tidak termasuk insurans. Ia …

Volkswagen Lancar Passat & Tiguan Edisi Terhad ‘United’
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan model edisi terhad United yang terdiri daripada Passat dan Tiguan bagi meraikan kekuatan perpaduan yang sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen. Model-model United menampilkan dua aksesori original Volkswagen yang unik. Penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model …