Promosi / Tawaran / Peraduan

Subaru Forester dan XV Kini dengan Pakej ‘Peace of Mind’

TC Subaru Sdn Bhd telah memperkenalkan kempen Peace of Mind di mana pelanggan yang membeli Forester atau XV akan menerima pakej dan rebat eksklusif bernilai sehingga RM20,000, di samping pengecualian cukai jualan berjumlah RM5,000 hingga 31 Disember.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, pelanggan yang tidak ingin mengunjungi bilik pameran Subaru boleh membuat pembelian atau menempah sesi pandu uji terus dari rumah.

Pelanggan hanya perlu menghubungi bilik pameran Subaru yang terdekat untuk membuat tempahan dan perunding jualan Subaru akan menghantar unit pandu uji ke rumah atau mana-mana lokasi pilihan pelanggan.

Untuk meneruskan pembelian, pelanggan perlu mengisi borang tempahan dalam talian bagi Forester atau XV dan membayar yuran tempahan berjumlah RM188. Proses tempahan dan pendaftaran akan disiapkan dalam tempoh lima hari bekerja.

Ditawarkan pada harga dari RM117,788, XV boleh didapati dalam tiga varian iaitu 2.0i, 2.0i-P dan GT Edition 2.0i-P. Pelanggan yang membeli XV boleh memilih pelan ansuran enam bulan percuma sebagai sebahagian daripada pakej Peace of Mind.

Sementera itu, Forester yang berharga dari RM149,788 ditawarkan dalam varian 2.0i-L, 2.0i-S dan 2.0i-S Eyesight. Pelanggan yang berminat boleh menjual kenderaan lama mereka menerusi program Special Trade-in Assist TC Subaru.

Selain itu, setiap XV dan Forester yang dijual menerusi kempen ini juga didatangkan dengan waranti komprehensif selama lima tahun dan penyemburan Subaru Eco Sterilising In-Cabin 3D percuma bernilai RM1,500 yang boleh menyingkirkan sehingga 99% bakteria berbahaya dan virus.

Previous post

Ferrari Roma Tiba di Malaysia - Dari RM968,000

Next post

Perodua Sumbang Lebih 5,000 Pelindung Muka Kepada Sekolah-Sekolah di Hulu Selangor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *