Promosi / Tawaran / Peraduan

Promosi Tahun Baru Untuk Subaru Forester Dan XV

Jika anda merancang untuk membeli Subaru Forester atau XV, sekarang adalah masa terbaik kerana TC Subaru telah mengumumkan promosi Tahun Baru untuk kedua-dua model itu.

Menurut syarikat itu, pelanggan yang membeli sebuah Forester akan menikmati rebat bernilai lebih RM36,999. Bagaimanapun, tawaran ini hanya untuk model tahun terpilih dengan pilihan warna seperti Horizon Blue Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Dark Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Crystal Black Silica dan Sepia Bronze Metallic.

Sementara itu, XV pula didatangkan dengan promosi istimewa bernilai sehingga RM10,000. Dilancarkan baru-baru ini dalam dua varian iaitu 2.0i-P EyeSight dan GT Edition EyeSight, XV didatangkan dengan rim 17 inci, SI-Drive, X-Mode dwi-fungsi, bampar baharu dan tempat duduk pemandu dengan pelarasan lapan hala dan fungsi memori.

Subaru-XV-GT-EDITION-front-3.0

Crossover itu boleh didapati dalam enam warna iaitu Crystal Black Silica, Magnetite Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Pure White dan Cool Grey Khaki.

Kedua-dua Forester dan XV didatangkan jaminan selama lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun.

Berikutan kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini, TC Subaru mengumumkan pakej bantuan berupa pemeriksaan kerosakan air percuma dan diskaun 25% untuk semua alat ganti dan kos buruh dari sekarang hingga 31 Januari 2022.

Previous post

Kerajaan Tawar Baucar Diskaun RM1,000 Untuk Membaiki Atau Menganti Kenderaan Banjir

Next post

Honda Step WGN 2022 - Tiada Lagi Tailgate "Waku Waku"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *