Berita Auto

Tempah Subaru XV atau Forester Secara Dalam Talian

Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan perniagaan tidak penting tidak boleh beroperasi, TC Subaru hari ini melancarkan kempen tempahan secara dalam talian.

Kempen ini membolehkan pelanggan Subaru dan mereka yang ingin membeli Subaru XV atau Forester untuk berbuat demikian dari rumah mereka, pada bila-bila masa sahaja.

Untuk membuat tempahan, pelanggan hanya perlu mengisi borang tempahan di https://onlinebooking.subaru.asia/xv atau https://onlinebooking.subaru.asia/forester dan buat bayaran RM188.

Setelah berjaya, kod tempahan unik akan dihantar melalui email. Penasihat jualan Subaru kemudiannya akan menghubungi dalam tempoh lima hari bekerja untuk memuktamadkan tempahan.

Langkah-langkah seterusnya seperti pandu uji, melihat kereta dan permohonan pinjaman bank akan dilakukan selepas PKP.

Dijual pada harga dari RM117,88, XV boleh didapati dalam tiga varian iaitu 2.0i, 2.0i-P dan GT Edition 2.0i-P. Sementara itu, Forester pula ditawarkan pada harga dari RM149,788 dengan tiga pilihan varian iaitu 2.0i-L, 2.0i-S dan 2.0i-S Eyesight.

Kempen tempahan secara dalam talian ini berjalan sehingga PKP berakhir. Layari https://www.subaru.asia/my/ untuk maklumat lanjut.

Previous post

Festival Super GT Malaysia 2020 Ditangguhkan

Next post

Toyota Dan BYD Secara Rasmi Mempunyai Syarikat R & D Bersama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *