Sukan

Festival Super GT Malaysia 2020 Ditangguhkan

Pandemik COVID-19 yang semakin teruk menyaksikan banyak acara sukan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Ini kerana negara-negara di seluruh dunia mengambil langkah-langkah drastik untuk mengurangkan penyebaran virus itu.

Berikutan itu, GT Association Co. Ltd. (GTA) telah membuat keputusan untuk menangguhkan siri perlumbaan Autobacs Super GT 2020.

Penangguhan ini akan memberi ipak kepada penganjuran pusingan 5 siri tersebut dan Festival Super GT Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 16 hingga 19 Julai 2020.

Menerusi perundingan dengan GTA dan pihak berkuasa tempatan, HARO Sports & Entertainment Sdn Bhd (HARO) berkata bahawa acara itu akan ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Syarikat itu berkata bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau wabak itu dan tarikh alternatif akan diumumkan sebaik sahaja COVID-19 diisytiharkan tidak lagi menimbulkan sebarang ancaman.

Syarikat itu turut mengesahkan bahawa tiket yang sudah dibeli masih sah digunakan.

Previous post

Tayar Terhubung Goodyear Boleh Kurangkan Jarak Berhenti 30%

Next post

Tempah Subaru XV atau Forester Secara Dalam Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *