Berita Auto

Peugeot 208 dan 2008 Rangkul Anugerah Red Dot

Peugeot 208 dan 2008 telah memenangi anugerah Red Dot 2020 bagi kategori ‘Reka Bentuk Produk’. Ini merupakan kali keenam jenama Perancis itu merangkul anugerah reka bentuk tersebut.

Kedua-dua model tersebut berjaya menambat hati juri dengan rekaan luaran yang menonjol dan sporty. Lampu nyalaan siang LED menegak pada bahagian hadapan bukan sahaja mencerminkan bahasa reka bentuk Peugeot, malah memberikan jenama itu ciri signatur tersendiri.

Begitu juga dengan bahagian belakang, di mana lampu dengan efek cakaran 3D yang dikelilingi kemasan hitam berkilat menghasilkan imej yang premium pada kedua-dua model kompak itu.

Turut memainkan peranan penting dalam kemenengan Peugeot adalah kluster instrumen 3D yang ditemani dengan stereng kompak ‘flat bottom’ dan skrin berukuran 10 inci. Ketiga-tiga komponen ini merupakan sebahagian daripada rekaan i-Cockpit Peugeot.

Diperkenalkan pada Februari dan Jun tahun lalu, 208 dan 2008 juga boleh didapati dalam versi elektrik yang menggunakan awalan ‘e-‘ pada namanya. Jika dibandingkan dengan model enjin pembakaran dalam, versi elektrik ini mempunyai beberapa ciri unik seperti warna gril radiator yang sama dengan casis dan logo singa yang boleh berubah warna.

Previous post

GoCar Tawar Kereta Sewa Serendah RM30 Sehari Untuk Peniaga PKS

Next post

Gemballa Mirage GT Hancur Dalam Kemalangan di New York

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *