Berita Auto

GoCar Tawar Kereta Sewa Serendah RM30 Sehari Untuk Peniaga PKS

Platform kereta sewa dalam talian, GoCar telah melancarkan inisiatif baharu untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana menyediakan perkhidmatan penghantaran mereka sendiri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dikenali sebagai ‘GoCar for Delivery’, inisiatif ini menawarkan Nissan Almera yang boleh disewa pada kadar RM30 sehari. Ia adalah untuk mana-mana perniagaan yang memerlukan kereta untuk memenuhi penghantaran, termasuk pasar raya, penjual dalam talian, kafe, dan restoran.

Pelanggan tidak perlu risau tentang keselamatan kerana tiada interaksi antara manusia diperlukan untuk menempah, membuka dan memulangkan kereta. Tisu anti-bakteria juga disediakan di dalam kereta.

Bukan itu sahaja, GoCar for Delivery juga menawarkan penggunaan tanpa had perbatuan tanpa sebarang caj tambahan dan sokongan pelanggan 24/7.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://hi.gocar.my/gocar-for-delivery/.

Previous post

Mazda Sedang Selidik Biofuel Karbon-Neutral Dari Alga

Next post

Peugeot 208 dan 2008 Rangkul Anugerah Red Dot

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *