Berita Auto

Gemballa Mirage GT Hancur Dalam Kemalangan di New York

Diperkenalkan pada tahun 2003, Porsche Carrera GT adalah antara model Porsche paling ‘rare’ dengan hanya 1,270 unit dihasilkan. Daripada jumlah tersebut, 25 unit dinaik taraf menjadi Gemballa Mirage GT yang lebih berkuasa.

Malangnya, salah satu daripada jentera tersebut telah ‘terkorban’ apabila ia terlibat dalam kemalangan yang membabitkan beberapa buah kenderaan lain di bandar New York.

Menurut laporan, Mirage GT itu dipandu oleh pemiliknya sendiri iaitu Benjamin Chen, seorang pengumpul supercar yang juga merupakan salah seorang pengasas Goldrush Rally.

Chen dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan namun ego hartawan itu sudah pasti tercalar. Beliau kini berada dalam tahanan polis dan bakal didakwa kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan memandu secara melulu.

Seperti yang boleh dilihat, Mirage GT milik Chen mengalami kerosakan yang teruk terutamanya pada bahagian hadapan. Ia kemungkinan akan diisytiharkan sebagai ‘total loss’.

Mirage GT dikuasakan oleh enjin NA 5.7-liter V10 yang menghamburkan 650 PS dan 609 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.7 saat sahaja. Harganya dikatakan boleh mencecah $750,000 (RM3.2 juta) seunit.

https://www.instagram.com/p/B-rxRIkHYfD/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/B-r7RHbnzv8/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/B-r3xalniA9/?utm_source=ig_web_copy_link
Previous post

Peugeot 208 dan 2008 Rangkul Anugerah Red Dot

Next post

Toyota Harrier Gen 4 Terbongkar Dan Kita Banding Dengan Gen 3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *