Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson of Johor Bahru Tawar Jawatan Kosong

Harley-Davidson bakal memperkembangkan perniagaannya di Malaysia dengan wakil pengedar baharu di Johor Bahru, jadi jika anda ingin memulakan karier dengan pengeluar motosikal terkenal dari Amerika Syarikat itu, inilah peluang anda.

Goh Brother Motorcycles Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa ia kini mencari pekerja berbakat untuk mengisi beberapa jawatan di Harley-Davidson of Johor Bahru.

Merupakan anak syarikat Goh Brothers Capital, Goh Brothers Motorcycles merupakan syarikat sama yang dilantik oleh Didi Resources Sdn. Bhd. (pengedar tunggal Harley-Davidson di Malaysia) untuk mengoperasikan Harley-Davidson of Petaling Jaya dan Harley-Davidson of Penang.

Bilik pameran berkeluasan 12,000 kaki persegi itu terletak di Jalan Skudai dan akan menempatkan keseluruhan barisan model Harley-Davidson, barangan serta aksesori tulen. Ia turut mempunyai pusat servis selepas jualan dengan stok alat ganti dan aksesori yang lengkap.

Berikut adalah jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan:

  • Perunding jualan
  • Perunding servis
  • Juruteknik kanan
  • Perunding butik
  • Perunding alat ganti dan aksesori
  • Eksekutif alat ganti dan aksesori
  • Eksekutif pentadbiran
  • Eksekutif kewangan

Berminat? Hantar permohonan anda ke: cwlau@gohbrothers.com.

Previous post

SYM Maxsym TL Mungkin Dapat Penuhi Keperluan Anda

Next post

Lebih Daripada 10 Juta Toyota RAV4 Telah Dijual Sejak 1994

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *