Motosikal / Lain Lain Roda

SYM Maxsym TL Mungkin Dapat Penuhi Keperluan Anda

Di rantau ini, kapcai dan skuter adalah pilihan utama untuk penduduk bandar kerana ia mudah untuk diselenggara dan boleh menyelit di celah trafik dengan mudah.

Namun jika anda mahukan sesuatu yang menawarkan lebih kuasa dan ruang serta tahap keselesaan yang lebih tinggi, skuter maxi dilihat sebagai pilihan yang lebih baik. Ini ada satu model yang anda mungkin mahu pertimbangkan: SYM Maxsym TL.

Diperkenalkan buat pertama kali di pertunjukan motosikal EICMA 2018, MaxsyM TL merupakan model mercu (flagship) SYM dan yang pertama dalam barisan dua silinder jenama itu.

Menurut SYM, rekaan model tersebut diinspirasikan oleh superbike moden dan ini boleh dilihat pada bentuk badannya yang sasa. Pada bahagian hadapan, lampu sporty yang merangkumi empat unit LED bukan sahaja kelihatan cantik malah mampu memberikan jarak penglihatan yang baik.

Sementera itu di bahagian belakang pula, lampu LED yang dengan lapisan filem optikal menghasilkan rupa yang moden dan futuristik. Begitu juga dengan ekzos berbentuk honeycomb itu.

Untuk kemudahan penunggang, Maxsym TL dilengkapi dengan panel instrumen TFT berukuran 4.5 inci dengan fungsi auto malap. Seperti yang boleh dilihat, panel tersebut menunjukkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh penunggang termasuk lampu amaran.

Maxsym TL dikuasakan oleh enjin 465 cc, silinder berkembar yang menghasilkan 40 hp dan 42.5 Nm. Dipadankan dengan transmisi jenis CVT, ia dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 139 km/j.

Untuk keselamatan pula, terdapat dua cakera berukuran 275 mm dengan angkup empat omboh dan hos brek besi pada bahagian hadapan, serta ABS untuk kedua-dua brek hadapan dan belakang.

Bagaimanapun, buat masa ini tiada berita mengenai pelancaran Maxsym TL di Malaysia

Previous post

Ferrari Untung Sebanyak RM407k Bagi Setiap Kereta Yang Dijual

Next post

Harley-Davidson of Johor Bahru Tawar Jawatan Kosong

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *