Motosikal / Lain Lain Roda

Model Harley-Davidson 2021 Kini Di Malaysia

Setelah dilancarkan di peringkat global pada Januari lalu, barisan model Harley-Davidson tahun 2021 akhirnya tiba di Malaysia menerusi wakil pengedar rasmi jenama itu iaitu Didi Resources Sdn Bhd.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-31

Barisan itu akan diketuai oleh Street Bob 114, yang merupakan varian terbaru bagi model Softail. Ia dikuasakan oleh enjin Milwaukee-Eight 114 V-berkembar yang menghasilkan 161 Nm pada 3,000 rpm, memberikannya prestasi pecutan yang lebih pantas berbanding Street Bob terdahulu dengan enjin Milwaukee-Eight 107.

Di sampingnya adalah Fat Boy 114, yang telah diberikan kemaskini dari segi penggayaan dalam bentuk kemasan krom pada enjin dan ekzos, bahagian hadapan, fender belakang serta konsol.

Barisan 2021 jenama itu juga merangkumi Low Rider S dan Softail Standard. Model yang kedua itu dibina menggunakan casis Softail, dengan penggayaan yang diinspirasikan daripada model-model Harley-Davidson yang terdahulu. Seperti Street Bob dan Fat Boy, nadinya juga adalah enjin Milwaukee-Eight 114 V-berkembar.

Untuk model-model touring pula, Didi Resources akan menawarkan trio ‘hot rod bagger’ iaitu Road King Special, Road Glide Special dan Street Glide Special. Selain suspensi belakang yang lebih rendah dan pelindung enjin, terdapat juga pilihan warna dua tona baharu untuk Road Glide Special dan Street Glide Special.

Model-model Custom Vehicle Operations (CVO) untuk 2021 pula termasuk CVO Street Glide, CVO Road Glide dan CVO Ultra Limited. Setiap model menampilkan warna dan grafik lebih segar, manakala CVO Road Glide dan CVO Street Glide kedua-duanya didatangkan dengan sistem audio Rockford Fosgate yang direka khas.

Bukan itu sahaja, Didi Resources turut mengesahkan bahawa Pan America akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Dikuasakan oleh enjin Revolution Max 1250 serba baharu, motosikal kembara touring pertama Harley-Davidson itu akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Pan America 1250 dan Pan America 1250 Special.

Harga bagi setiap model adalah seperti berikut:

Previous post

Nissan Navara Facelift Lancar Di Malaysia 16 April Ini

Next post

Pemenang Kempen Honda Malaysia 1 Million Dreams Diumumkan Pada Acara 1 Million Dreams Grand Finale

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *