Promosi

Pemenang Kempen Honda Malaysia 1 Million Dreams Diumumkan Pada Acara 1 Million Dreams Grand Finale

Acara 1 Million Dreams Grand Finale bertemakan pesta ria yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik dianjurkan khas untuk rakyat Malaysia pada 27 dan 28 Mac 2021 di perkarangan letak kereta C Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 10 pagi – 10 malam

Honda Malaysia telah mengumumkan empat pemenang pertama dalam kempen 1 Million Dreams di acara Grand Finale yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil awal Sabtu.

Pemenang 1 Million Special Edition Jazz, barisan hadapan Encik Shaiful Rezza Bin Abdul Razak, anggota polis bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Encik Sarly Adle Sarkum
Pemenang 1 Million Special Edition Jazz, barisan hadapan Encik Shaiful Rezza Bin Abdul Razak, anggota polis bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Encik Sarly Adle Sarkum

Chuah Sze Yong, Lim Lye-Gaik and Abdul Hakim Bin Mohd Radzi drove home a brand new Honda Civic, CR-V and Accord respectively by taking part in any of the six activities prepared by Honda Malaysia during the campaign period.

Pemenang 1 Million Special Edition Civic, Encik Chuah Sze Yong bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Encik Sarly Adle Sarkum
Pemenang 1 Million Special Edition Civic, Encik Chuah Sze Yong bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Encik Sarly Adle Sarkum

Chuah Sze Yong, Lim Lye-Gaik dan Abdul Hakim Bin Mohd Radzi membawa pulang Honda Civic, CR-V dan Accord baharu dengan mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti yang disediakan oleh Honda Malaysia semasa tempoh kempen.

Pemenang 1 Million Special Edition Civic, Encik Chuah Sze Yong bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Encik Sarly Adle Sarkum
Pemenang 1 Million Special Edition Civic, Encik Chuah Sze Yong bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Encik Sarly Adle Sarkum

Sementara itu, pegawai polis Shaiful Rezza Bin Abdul Razak memenangi Honda Jazz yang diperuntukkan khas untuk barisan hadapan sebagai tanda penghargaan Honda Malaysia kepada mereka.

Pemenang 1 Million Special Edition Accord, Encik Abdul Hakim Bin Mohd Radzi diwakili oleh saudaranya, Encik Amir Hamzah Bin Mohd Radzi pada majlis itu bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama
Pemenang 1 Million Special Edition Accord, Encik Abdul Hakim Bin Mohd Radzi diwakili oleh saudaranya, Encik Amir Hamzah Bin Mohd Radzi pada majlis itu bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama

Pemenang model Edisi Khas yang masih ada, BR-V, City dan HR-V, akan diumumkan oleh rakan jenama Honda Malaysia, CUCKOO, Shopee dan Watsons awal bulan depan.

Siaran Media Honda Malaysia

Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini berkongsi kegembiraan di atas pencapaian jualan kesejuta unit menerusi acara 1 Million Dreams Grand Finale yang bertemakan pesta ria. Acara yang menyeronokkan ini dianjurkan bagi meraikan rakyat Malaysia yang telah menjadi pendorong kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Honda Malaysia. Pada masa yang sama, acara istimewa ini diadakan bagi menyampaikan model-model Edisi Khas kepada empat pemenang bertuah seperti tersenarai dalam Gambarajah 1.

Acara ini merupakan himpunan siri aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada Februari dan Mac 2021 di mana Honda Malaysia berkongsi kegembiraan dengan rakyat Malaysia di seluruh negara menerusi “1 Million Dreams Campaign”. Aktiviti tersebut telah diadakan di semua pengedar sah Honda, manakala model Edisi Khas telah dibawa bersama ke Pameran 1 Million Dreams di seluruh negara untuk tatapan rakyat Malaysia.

Jenama terkemuka iaitu CUCKOO, Shopee dan Watsons turut serta di dalam sambutan ini, menambahkan lagi keseronokan dengan aktiviti eksklusif sebagai penghargaan kepada pelanggan setia masing-masing. Sejak Honda Malaysia memulakan kempen ini pada Februari 2021, maklum balas yang diterima adalah amat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan di mana lebih daripada 155,600 penyertaan diterima hanya dalam masa satu bulan! Honda Malaysia menzahirkan penghargaan mereka kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyertai peraduan ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, “Jualan kesejuta unit merupakan pencapaian bersejarah bagi Honda Malaysia sejak kami memulakan jualan kereta pada 2001. Sejak itu, saban tahun kami telah memperkenalkan pelbagai model dengan teknologi termaju yang diterima baik oleh pasaran dan menjadi peneraju segmen. Model popular seperti City, Civic dan CR-V telah menyumbang kepada keseluruhan jualan 1 juta unit, masing-masing mewakili sebanyak 37%, 15% dan 11%. Kami ingin melahirkan rasa penghargaan kepada semua pelanggan Honda, rakan-rakan media, rakan kongsi pengedar kami dan Kerajaan Malaysia atas sokongan padu mereka kepada Honda Malaysia. Sokongan kuat inilah yang memacu kami untuk mencapai jualan kesejuta unit. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang bertuah. Tujuh pemenang ini merupakan tujuh rakyat Malaysia yang bertuah yang dapat memiliki model Edisi Khas yang direka unik bagi meraikan pencapaian bersejarah ini.”

“Di samping itu, Honda Malaysia juga memperuntukkan sebuah model Jazz Edisi Khas untuk dimenangi petugas barisan hadapan. Ini merupakan inisiatif kami untuk menyatakan rasa penghargaan kepada semua barisan hadapan yang bekerja bertungkus-lumus sejak setahun lalu bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia,” tambah Encik Ishiyama.

Dalam meneruskan keseronokan ini, tiga model Edisi Khas iaitu BR-V, City Serba Baharu dan HR-V akan diumumkan oleh CUCKOO, Shopee dan Watsons pada awal April 2021.

Honda Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghadiri acara Pesta Ria 1 Million Dreams Grand Finale bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan acara pada 27 dan 28 Mac dari jam 10 pagi hingga 10 malam di perkarangan letak kereta C Stadium Nasional Bukit Jalil. Aktiviti-aktiviti menarik seperti Ferris Wheel, Merry-Go-Round, Bumper Cars, Paratrooper, Instax Photo-Booth, pelbagai pilihan trak makanan dan hadiah percuma menanti semua rakyat Malaysia yang datang berkunjung nanti. Masuk adalah percuma untuk semua.

Honda Malaysia ingin menekankan bahawa acara ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOPs) yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Permainan riadah pesta ria akan disanitasi minimum setiap 2 jam manakala permainan di dalam kawasan tertutup akan disanitasi sekerap yang mungkin. Kereta-kereta pandu uji akan disanitasi setiap kali sesi pandu uji selesai. Sebagai langkah keselamatan tambahan, Honda Malaysia akan menyediakan perlindungan asas kepada semua pengunjung di acara 1 Million Dreams Grand Finale. Syarikat juga menggalakkan pelawat untuk mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakkan sosial pada setiap masa.

Acara 1 Million Dreams Grand Finale merupakan sambutan perjalanan Honda di Malaysia, bermula dengan jualan pertama pada 2001 dan pembukaan kilang produksi pemasangan tempatan pertama pada 2003. Ini merupakan permulaan kepada lebih banyak pencapaian membanggakan, termasuk pembukaan kilang produksi pemasangan tempatan yang kedua di Pegoh, Melaka. Pembukaan kilang produksi yang kedua ini membolehkan Honda Malaysia memperkenalkan lebih banyak model CKD. Kini, model Accord, CR-V Baharu, Civic, HR-V, City Serba Baharu, Jazz dan BR-V adalah dipasang secara tempatan di Kilang Pegoh.

Sejak Honda bertapak di Malaysia, Syarikat terus mencapai kecemerlangan dengan memperkenalkan Teknologi Termaju Generasi Seterusnya seperti Sport Hybrid i-DCD, Honda SENSING dan VTEC Turbocharged. Malaysia juga adalah negara pertama di dunia yang melancarkan City RS e:HEV Serba Baharu yang dilengkapi Honda SENSING dan Honda LaneWatch.

Untuk maklumat lanjut mengenai 1 Million Dreams Grand Finale, pelanggan boleh melayari laman web www.honda.com.my atau Facebook rasmi Honda Malaysia atau menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020.

Acara penyerahan dijadualkan pada awal April 2021.

Previous post

Model Harley-Davidson 2021 Kini Di Malaysia

Next post

Fiat 500 Capai Tonggak Pengeluaran 2.5 Juta Unit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *