Motosikal / Lain Lain Roda

Royal Enfield HUNTER 350 Kini Di Malaysia Dengan Harga Dari RM22,000

Hunter 350 direka untuk senang dipandu dengan pengendalian yang tajam dengan jarak roda yang lebih pendek, aloi 17″, ringan dan rangka yang padat, menjadikannya rekaan khas untuk menavigasi jalan-jalan bandar dan kawasan perumahan.

Sebenarnya, Royal Enfield ialah jenama motosikal British ikonik yang TIDAK diambil serius di Malaysia sehinggalah pengedar baharu pada Mei 2022.

Didi Automotive Sdn Bhd mengambil alih jenama itu pada 2022 dengan satu objektif, untuk menjadikan Enfield jenama yang dikenali dan dihormati ramai dan dalam masa beberapa bulan sahaja mereka nampaknya bergerak pantas untuk mencapainya.

Rata-rata peminat motosikal Malaysia kini sudah kenal sangat dengan Royal Enfield di Malaysia dan langkah seterusnya ialah memudahkan pemilikan dengan kadar faedah dan ansuran bulanan yang rendah.

Dengan pasaran skuter dan kap-chai yang kecil semakin berkembang, rakyat Malaysia yang berpendapatan kecil akan terus membeli mobiliti di bawah lebih kurang RM10k.

Segmen ini didominasi jenama Jepun dan beberapa jenama Taiwan yang kurang dikenali.

Dengan pemilikan kos yang munasabah dan kebolehpercayaan yang tinggi, Royal Enfield ialah jenama untuk naik taraf yang diidamkan oleh ramai penunggang komuter pada tahun-tahun yang akan datang dan Hunter 350 dengan tanda harga bermula dari RM22,000 sangat masuk akal (dengan ansuran bulanan daripada RM400.00 sahaja).

Direka untuk senang ditunggang semasa kesesakan dan juga perjalanan jauh, ini adalah sebuah motosikal yang selesa dengan pengendalian yang lincah untuk mengharungi kesesakan harian kita.

Pengedar, Didi Resources sedang mengembangkan rangkaian cawangan mereka, dengan yang terbaharu di Juru, Butterworth dan dengan perancangan untuk menambah 5 lagi pada tahun akan datang yang akan menjadikan jenama Royal Enfield lebih mudah diakses di seluruh negara, termasuk pantai timur Kelantan dan Terengganu dan juga Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, berikut ialah spesifikasi untuk Hunter 350. Hunter 350 adalah berdasarkan J-Platform yang juga digunakan oleh Meteor 350 dan Classic 350.

Dikuasakan oleh enjin 349cc BS6 yang memberikan kuasa 20.2bhp dan tork 27Nm, ia mungkin bukan 350 yang terpantas dari standstill, tetapi ia adalah yang paling menyeronokkan.

Dengan cakera hadapan dan brek dram belakang, Royal Enfield Hunter 350 didatangkan dengan sistem anti-locking braking (ABS). RE Hunter 350 ini mempunyai kapasiti tangki minyak sebanyak 13 liter.

Terdapat dua varian Hunter 350 di bilik pameran mereka dengan harga RM22,000 untuk versi Dapper White, Dapper Ash, Dapper Grey. Varian Rebel Black, Rebel Blue, Rebel Red yang sama secara teknikal tetapi lebih menarik sedikit akan dihargakan dari RM22,200 sahaja.

Kami mungkin akan memiliki sebuah Hunter 350 tidak lama lagi kerana kami fikir, ia adalah satu peningkatan yang baik daripada Vespa sederhana kami. Hunter 350 mempunyai ketinggian tempat duduk 800mm, jarak melangkah yang sempit dan handle bar lebar yang menawarkan torso 5 kaki 7 inci kami keselesaan menunggang dalam bandar yang hampir sempurna. Review pandu uji Royal Enfield 350 ini akan tiba tidak lama lagi.

Previous post

Ferrari Dan Naza Italia Sdn Bhd Akhirnya Berpisah

Next post

ETCM Memberikan EV Nissan LEAF Kemas Kini Untuk 2023

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *