Motosikal / Lain Lain Roda

MotoPlex Petaling Jaya Kini Dibuka Secara Rasmi

Terletak bersebelah dengan Gasket Alley, MotoPlex Petaling Jaya merupakan sebuah kedai konsep dinamik di mana empat jenama premium yang bernaung di bawah Piaggio Group iaitu Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi ditempatkan.

MotoPlex Petaling Jaya

Dioperasikan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, MotoPlex Petaling Jaya menampilkan ruang berkeluasan 540 meter persegi yang dibahagikan kepada dua iaitu bilik pameran (285 meter persegi) dan pusat servis (255 meter persegi). Pusat servis itu dilengkapi dengan kelengkapan diagnostik terkini dan dikendalikan oleh juruteknik dan mekanik terlatih.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori, alat ganti dan barangan gaya hidup dari empat jenama berkenaan di MotoPlex Petaling Jaya, sekaligus menjadikan ia pusat sehenti buat peminat motosikal.

MotoPlex Petaling Jaya

Simone Niccolai, Naib Presiden Kanan Asia Pasifik berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengedar kerana memperkenalkan konsep global MotoPlex kepada landskap dinamik di Malaysia, di mana ia membantu mengukuhkan lagi kedudukan dan kehadiran kami di Asia”.

“MotoPlex merupakan rumah kepada jenama-jenama ikonik Piaggio. Dengan mengumpulkannya di bawah satu bumbung, kami mampu menawarkan rangkaian yang lebih luas kepada pelanggan berpotensi yang ingin mencari pengalaman dua roda bercirikan Itali yang disokong oleh gaya, teknologi, prestasi dan kaya dengan warisan.”

MotoPlex Petaling Jaya

Sementara itu, Goh Kia Sin, Pengarah Urusan Didi Group pula berkata pihaknya berbangga dapat menampilkan semua jenama premium Piaggio Group, termasuk Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi, di bawah satu bumbung di MotoPlex Petaling Jaya.

“Kami komited untuk melayani penunggang dengan penuh semangat dan dedikasi di kedai konsep kami yang lengkap dengan pusat servis yang dikendalikan oleh juruteknik dua roda yang berkemahiran tinggi,” tambah beliau.

MotoPlex Petaling Jaya

Hari ini, terdapat lebih 700 kedai MotoPlex yang beroperasi di Eropah, Amerika, Asia, India dan Oceania. MotoPlex Asia yang terbesar di buka pada 2017 di Bangkok. Setakat penghujung tahun lalu, jumlah kedai MotoPlex di Asia Pasifik adalah 338.

Previous post

Lamborghini Berjaya Jual 20,000 Huracán Sejak 2014

Next post

Toyota Motor Thailand Sambut Ulangtahun Ke 60

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *