Motosikal / Lain Lain Roda

Aprilia, Piaggio, Vespa Kini Di Bawah Satu Bumbung

Naza Premira Sdn. Bhd., pengedar rasmi motosikal Piaggio, Vespa dan Aprilia di Malaysia, telah menyelaraskan operasinya dengan menempatkan ketiga-tiga jenama tersebut di bawah satu bumbung di bilik pameran konsep Piaggo Motoplex di Naza Automall, Petaling Jaya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat itu juga telah menyusun semula bahagian selepas jualan produk Piaggo Group dengan penubuhan pusat teknikal baharu yang terletak di dalam kawasan yang sama.

Motoplex - 1

Sebagai alternatif, para pemilik juga boleh menghantar motosikal mereka di mana-mana pusat servis bertauliah di seluruh negara.

Naza Premira - List of Service Centre nationwide-2 Sheet1-1

Semua pusat servis kini dilengkapi dengan sistem diagnostik canggih Piaggio (Piaggio Advanced Diagnostic System, P.A.D.S.) yang boleh digunakan untuk beberapa analisa teknikal seperti data ECU. Semua kakitangan juga menjalani latihan teknikal dari Naza Premira serta Piaggio Asia Pacific yang berpangkalan di Hanoi, Vietnam.

IMG_4093

“Kami kini mempunyai stok alat ganti bernilai RM2 juta manakala para pengedar kami mempunyai alat ganti dan aksesori bernilai lebih RM300,000,” kata Farouk Faisal, Ketua Pegawai Operasi, Naza Premira.

Motoplex - 6

Piaggio Motoplex akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini.

 

 

Previous post

BMW Droptop 'M' Kereta G-Power Paling Gila

Next post

Volvo XC60 Diumumkan Di Geneva Dengan Tambahan Ciri-Ciri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *