Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson of Penang Dibuka Semula

Harley-Davidson Motor Company telah mengumumkan pembukaan semula pusat pengedar rasminya di Pulau Pinang iaitu Harley-Davidson of Penang.

BHP Banner X70

Dioperasikan oleh GB Motorcycles Sdn Bhd, pembukaan bilik pameran ini dilihat sebagai pengukuhan komitmen jenama itu untuk memperluaskan jaringan pengedarnya di pasaran yang semakin berkembang ini.

H-D Pg Opening 7

Acara pembukaan dirasmikan oleh Goh Kian Sin dan Kheoh Hock Seng, pengarah GB Motorcycles, serta Koh Jyh Woei, pengurus daerah Harley-Davidson Asia Emerging Markets.

H-D Pg Opening 8

Turut hadir adalah Johan Kleinsteuber, pengarah urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets. Beliau berkata, “Para pengedar kami adalah penting buat kami kerana mereka merupakan teras bagi menyampaikan pengalaman premium sepenuhnya Harley-Davidson kepada pelanggan.”

H-D Pg Opening 13

Menurut Goh Kian Sin, Harley-Davidson of Penang akan menawarkan rangkaian penuh motosikal jenama itu, alat ganti custom tulen, pakaian dan kelengkapan menunggang, serta perkhidmatan selepas jualan.

H-D Pg Opening 11

Harley-Davidson of Penang terletak di 1679-G1, Jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai, 13600 Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut, hubungi +604-506 2200 atau lawat www.harleypenang.com/.

 

Previous post

Tesla Model Y Diperkenalkan

Next post

DSFGG Video Podcast (Vidcast) S01E06 Perodua Aruz

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *