Keselamatan

Lazada Dan Miros Berkerjasama

Tingkatkan kesedaran terhadap pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Lazada Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mempertingkatkan kesedaran pentingnya kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya. Salah satu inisiatif daripada perjanjian ini, Lazada Malaysia telah melancarkan program Car Seat Assurance – iaitu senarai khusus produk-produk CRS di LazMall yang menepati spesifikasi piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) ECE R44/04 dan ECE R129. Kerjasama ini dijalin bersempena dengan penguatkuasaan penggunaan CRS bermula 1 Januari tahun hadapan.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Kevin Lee, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia dan Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah, MIROS dan disaksikan oleh Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan.


Kerusi keselamatan di bawah program ini boleh dikenal pasti melalui ikon program Car Seat Assurance Lazada, di mana produk-produk ini telah menjalani proses pemilihan yang teliti. Lazada menjamin bahawa setiap kerusi keselamatan yang dilabel ikon ini dijual oleh peniaga yang telah mengemukakan salinan sijil UNR44 atau UNR129 bersama laporan ujian pelanggaran. Dokumentasi produk tersebut juga telah dihantar ke MIROS untuk penilaian lanjut bagi memastikan keselamatan produk tidak dikompromi.

Kini, lebih 40 model produk daripada 6 jenama tempatan dan antarabangsa yang dilabel ikon Car Seat Assurance boleh didapati di LazMall dengan lingkungan harga dari RM100 ke RM1,599.

6 jenama CRS tempatan dan antarabangsa yang tersenarai dalam program Car Seat Assurance Lazada adalah:

Joie
Sweet Cherry
Sweet Heart Paris
Koopers Quinton Chicco
Previous post

Hyundai Bakal Buka Kilang Pengeluaran di Indonesia

Next post

Rolls-Royce Wraith Dapat Sulaman Burung Paling Laju Dunia, Peregrine Falcon

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *