Berita Auto

Hyundai Bakal Buka Kilang Pengeluaran di Indonesia

Hyundai hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama kerajaan Indonesia bagi pembinaan kilang pengeluaran pertamanya di republik itu.

Ya, Hyundai-Sime Darby Motors mempunyai operasi pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia tetapi kilang yang bakal dibina ini merupakan yang pertama di rantau Asia Tenggara yang akan mengeluarkan kenderaan Hyundai dari mula hingga akhir.

Berikut adalah ringkasan mengenai kilang baharu tersebut:

  • Kilang pengeluaran yang canggih
  • Dibina di atas tapak berkeluasan 8.35 juta kaki persegi (77.6 hektar)
  • Terletak di Kota Deltamas (City of Deltamas) di luar bandaraya Jakarta
  • Melibatkan pelaburan berjumlah USD1.55 bilion sehingga 2030
  • Pecah tanah pada Disember tahun ini
  • Pengeluaran komersial bermula separuh kedua 2021
  • Kapasiti tahunan sebanyak 150,000 unit untuk permulaan
  • Pengeluaran akan mencecah 250,000 unit setahun pada kapasiti penuh
  • Model SUV kompak, MPV kompak dan sedan untuk pasaran Asia Tenggara akan dipasang di sini
  • Fasiliti untuk stamping, kimpalan, cat dan pemasangan
  • Kenderaan elektrik (EV) yang spesifik untuk ASEAN juga akan dikeluarkan di sini
  • Dijangka mencipta lebih 23,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
  • Jangkaan sumbangan sebanyak USD20 bilion kepada ekonomi Indonesia dalam dekad pertama
Previous post

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pemilik Kenderaan Baharu di Malaysia Menurun - J.D. Power

Next post

Lazada Dan Miros Berkerjasama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *