Awas!

New Delhi Mengharamkan Kereta Persendirian Kerana Indeks Pencemaran Udara Mencecah 500

Selepas ini mungkin Jakarta and Bangkok!

Kualiti udara di bandar New Delhi, India mencecah 500 mata, indeks yang paling tinggi pernah dicapai (20 kali ganda tahap selamat) dan ini menyebabkan kerajaan India melarang kereta persendirian memasuki bandaraya.

Indeks udara New Dehli

Isnin lalu, paras asap di bandar mencecah kadar yang membimbangkan, menjadikannya tiga kali lebih buruk daripada Beijing, China dahulu.

Tahap partikel yang berukuran kurang daripada 2.5 mikron adalah lebih 700 mikrogram setiap meter padu udara pada Isnin pagi, menurut Indeks Kualiti Udara (AQI). Maksimum harian Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah hanya 25.

Pada masa yang sama tahun lepas (31 Oktober 2018) kerajaan Delhi juga menghentikan semua kenderaan persendirian dari memasuki bandaraya apabila indeks kualiti udara di bandar itu berada pada 398 mata. Beberapa hari kemudian indeks itu berada pada 401 mata yang membimbangkan. Sekarang, tepat setahun kemudian, indeks kualiti udara berada pada 500 mata yang berbahaya sehingga semua sekolah ditutup dan penyelesaian jangka panjang diperlukan,

Terdapat cadangan untuk melaksanakan sistem plat nombor kereta ‘genap’ dan ‘ganjil’ untuk dibenarkan memasuki bandar. Satu hari kereta dengan plat nombor genap boleh masuk dan keesokan harinya hanya kereta dengan plat nombor ganjil pula dibenarkan memasuki bandar. Idea ini telah dicuba dan nampak gayanya ia tidak berkesan.

Sekarang kerajaan New Delhi mahukan pengharaman kesemua kereta persendirian di bandar raya. Bersiap sedia untuk kereta elektrik akan menjadi produk jualan terbaik di India.

Harap-harap kita di Malaysia tidak akan sampai ke tahap seperti itu tetapi kerajaan perlu mula memantau keadaannya dari sekarang supaya ianya tidak akan berlaku di negara kita.   

Previous post

Honda Malaysia Tumpu Usaha Kembangkan Pusat Badan & Cat

Next post

Abarth 595 Pista Dengan 165 hp Mungkin Tiba Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *