Berita Auto

Honda Malaysia Tumpu Usaha Kembangkan Pusat Badan & Cat

Honda Malaysia terus berusaha untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan dengan memperkembangkan pusat badan dan cat atau Body & Paint (BP) di cawangan pengedar mereka.

Tahun ini, syarikat itu telah membuka enam pusat BP baharu yang telah memulakan operasi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 pusat BP.

Honda Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pembukaan pusat-pusat BP adalah sejajar dengan perancangan syarikat itu untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan dengan memenuhi pelbagai keperluan mereka di bawah satu bumbung.

Selain itu, Honda Malaysia turut menyediakan produk-produk berkualiti di pusat BP mereka. Ini termasuk cat Waterborne yang mesra alam serta alat ganti tulen yang disahkan oleh Honda Motor Co., Ltd.

Dari segi jualan, Honda Malaysia mengekalkan pertumbuhan yang konsisten sejak lima tahun lalu, dengan pertumbuhan purata mencecah 30% dari 2014 hingga 2018.

Pertumbuhan ini turut menyebabkan kemasukan servis selepas jualan meningkat. Setakat Oktober tahun ini, syarikat itu telah merakamkan lebih 36,000 kemasukan servis ke pusat BP, iaitu peningkatan sebanyak 40% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pusat BP juga menjadi pusat sehenti Honda dalam memberikan bantuan kepada pelanggan dari segi pemeriksaan kenderaan, pembaikan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, proses mengecat, pemeriksaan kualiti selepas penyelenggaraan dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, pusat BP Honda turut memberi ketenangan minda kepada pelanggan mereka dengan membantu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan insurans.

Juruteknik yang bekerja di pusat BP Honda juga telah menjalani latihan yang direka khas dengan penekanan dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan serta memastikan semua pembaikan dan penyelenggaraan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Semasa latihan, Honda Malaysia turut menggariskan kepentingan pendekatan profesional terhadap pelanggan dari segi taklimat dan penjelasan mengenai proses sebelum kerja pembaikan dimulakan.

Berikut adalah senarai cawangan dan lokasi pusat BP Honda di seluruh negara:

  • Actmar Sdn. Bhd. – Klang, Selangor
  • HZN Cars Sdn. Bhd. – Shah Alam, Selangor
  • Imavest Sdn. Bhd. – Kajang, Selangor
  • Kah Motor Co.Body & Paint Centre Sdn. Bhd. – Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  • MJN Motors Sdn. Bhd. – Cheras, Selangor
  • Peringgit Auto Services Sdn. Bhd. – Puchong, Selangor
  • Roda BB Motors Sdn. Bhd. – Segambut, Kuala Lumpur
  • SAG Ultimate Sdn. Bhd. – Semenyih, Selangor
  • Sri Utama Sdn. Bhd. – Wangsa Maju, Kuala Lumpur
  • Tenaga Setia Resource Sdn. Bhd. – Petaling Jaya, Selangor
  • Tiong Nam Motor (Body & Paint) Sdn. Bhd. – Klang, Selangor
  • USJ Car Express Sdn. Bhd. – Subang Jaya, Selangor
  • Delima Kinta Sdn. Bhd. – Taiping, Perak
  • Kah Motor Co. Sdn. Bhd. – Sg Pinang, Penang
  • JM Motor Services Sdn. Bhd. – Bukit Minyak, Penang
  • Lee Motors SP (Car Div) Sdn. Bhd. – Sungai Petani, Kedah
  • Tian Siang Auto Care Sdn. Bhd. – Ipoh, Perak
  • Tian Siang BP (Manjung) Sdn. Bhd. – Sitiawan, Perak
  • Vimal Bodyworks Sdn. Bhd. – Jitra, Kedah
  • Ban Lee Heng Motor Sdn. Bhd. – Seremban, Negeri Sembilan
  • Kah Motor Co. Sdn. Bhd. – Cheng, Melaka
  • Kah Motor Co. Sdn. Bhd. – Tebrau, Johor Bahru
  • K.M. Lim Motor Sdn. Bhd. – Batu Pahat, Johor
  • Yong Ming Motor Sdn. Bhd. – Johor Bahru, Johor
  • Ban Chu Bee Body & Paint Sdn. Bhd. – Kota Bharu, Kelantan
  • Chuan Thye BP Sdn. Bhd. – Temerloh, Pahang
  • Macinda Auto Sdn. Bhd. – Kuantan, Pahang
  • Jimisar BP (Bintawa) Sdn. Bhd. – Kuching, Sarawak
Previous post

CIMB, PLUS Jalin Kerjasama Sediakan Pilihan Tambahan Untuk Pembayaran Tol

Next post

New Delhi Mengharamkan Kereta Persendirian Kerana Indeks Pencemaran Udara Mencecah 500

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *