Awas!

PLUS Keluarkan Cadangan Waktu Perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15

Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disyorkan supaya mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan/Travel Time Advisory (TTA) untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ia berkuat kuasa dari 16 hingga 21 November ini. PLUS menjangka kegunaan lebuhraya akan meningkat sehingga 1.9 juta kenderaan se hari ketika Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang dan, ramai rakyat Malaysia, akan memandu di seluruh negara untuk balik mengundi (kami harap) untuk masa depan yang cerah untuk perubahan dan pilihan raya inilah benar-benar peluang terbaik kita untuk memastikan masa depan yang lebih baik dan sudah tentu pilihan raya ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan PLUS sudah bersiap sedia untuk menampungnya.

PLUS mahu memastikan perjalanan yang lebih selesa untuk rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan mengundi pada 19 November 2022 dan dengan itu mengeluarkan semula TTA dan mengukuhkan operasi lebuh rayanya untuk memudahkan perjalanan bagi jangkaan 1.8 hingga 1.9 juta kenderaan yang akan melalui PLUS dari 17 hingga 21 November 2022.

Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif PLUS menyatakan, “PLUS menyiarkan TTA sempena PRU ke-15 untuk Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh 6 hari dari 16 November hingga 21 November 2022.”

“Berdasarkan TTA, mereka yang keluar dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dari 16 November dan 18 November digalakkan memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi. Pengguna lebuh raya yang menghala ke negeri lain dinasihatkan memasuki lebuh raya antara 1:00 petang dan 4:00 petang.” tambah beliau.

PLUS turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk memasuki lebuh raya sebelum pukul 10 pagi jika melakukan perjalanan masuk ke Lembah Klang dari 20 hingga 21 November 2022, dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara, Johor dan negeri lain. PLUS juga akan menangguhkan sementara semua penyelenggaraan lebuh raya kecuali kerja-kerja kecemasan dari 17 hingga 21 November 2022.

Datuk Zakaria Ahmad Zabidi turut berkata, “Kami juga menasihatkan mereka yang bercadang untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi bagi merancang perjalanan mereka dan bersedia menghadapi tempoh perjalanan yang lebih lama berikutan peningkatan trafik. Namun begitu, PLUS juga mempertingkatkan operasi lebuh rayanya untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa termasuk kemudahan di plaza tol dan kawasan rehat.”

Selain menggantung sementara semua kerja penyelenggaraan lebuh raya, PLUS juga akan menggantung sementara kerja-kerja naik taraf dan pembinaan yang memerlukan penutupan lorong, kecuali kerja-kerja kecemasan seperti pembersihan kemalangan dan kerja pembaikan kritikal, dari 17 hingga 21 November 2022 juga.

PLUS juga akan menempatkan kren dan trak tunda di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya. Ini bagi memastikan sebarang kemalangan atau kerosakan kenderaan dapat ditangani dengan cepat walaupun kerja-kerja penyelenggaraan digantung dan memastikan trafik masih berjalan lancar.

TTA akan tersedia di tapak web PLUS yang dipautkan di sini jadi sila semak jika anda perlu dan jangan lupa untuk memandu dengan selamat dan mengundilah Malaysia dengan penuh tanggungjawab, kita tidak mampu untuk mengambil mudah masa depan negara kita.

Previous post

Honda Malaysia Lancar Civic Hibrid Dengan Powertrain 2.0L e:HEV

Next post

Chery China Akan Mula Memasang SUV Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *