Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R Dilancarkan di KLIMS 2018
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan dua model terbaru di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018) iaitu Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R. ZX-10RR dibangunkan berasaskan jentera lumba Kawasaki Racing Team (KRT) yang ditunggang oleh Jonathan Rea, dengan hanya 500 unit dihasilkan untuk pasaran global. Ia dijual pada harga …
Honda Wave 125i Kini Dengan Lampu LED
Boon Siew Honda telah melancarkan kapcai Wave 125i versi terbaru yang dijual pada harga RM5,999 bagi varian brek cakera tunggal dan RM6,299 bagi varian brek cakera berkembar. Dari segi visual, model ini telah dikemaskini dengan jalur pada bahagian badan, skema warna dua tona serta lampu utama LED yang dikatakan mempunyai …
Benelli 752S Diperkenalkan di EICMA
Benelli juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan model terbaru mereka di pertunjukan motosikal EICMA di Milan baru-baru ini. Dikenali sebagai 752S, ia diposisikan dalam segmen ‘naked middleweight’ sebagai pesaing kepada Ducati Monster 797, Yamaha MT-07 dan sebagainya. 752S menampilkan reka bentuk minimal yang dipadankan dengan kerangka trellis. Walaupun begitu, ia bukanlah …
Perincian Harley-Davidson LiveWire Didedahkan
Harley-Davidson LiveWire telah membuat debut Eropah di pertunjukan EICMA di Milan, Itali baru-baru ini. Berikut adalah perincian mengenai motosikal elektrik tersebut seperti yang diumumkan oleh Naib Presiden Perancangan Produk dan Portfolio Harley-Davidson, Marc McAllister. Kuasa LiveWire dikuasakan oleh motor elektrik magnetik kekal yang menghasilkan tork segera ketika pendikit dipulas. Motor …
KTM 790 Adventure dan 790 Adventure R Dilancarkan di EICMA
Pengeluar motosikal dari Austria, KTM telah memperkenalkan model 790 Adventure dan 790 Adventure R di pertunjukan motosikal EICMA 2018. Kedua-dua model ini dibangunkan sebagai jentera enduro untuk tujuan kembara, namun varian R mempunyai lebih kelengkapan bagi menjadikannya lebih lasak. Enjin yang digunakan oleh Adventure dan Adventure R adalah sama, iaitu …
Yamaha YZF-R1 GYTR Untuk 20 Individu Bertuah
Pertunjukan motosikal EICMA 2018 di Milan, Itali menyaksikan kemunculan Yamaha YZF-R1 GYTR, model edisi terhad yang dikeluarkan sebagai sambutan ulang tahun R1 yang ke-20 serta kejayaannya di perlumbaan endurance Suzuka 8 Hours baru-baru ini. Didatangkan dengan skema warna merah putih yang digunakan dalam kejohanan tersebut, R1 ini dilengkapi dengan pelbagai komponen …
BMW S 1000 RR Baru Diperkenalkan Secara Rasmi
BMW S 1000 RR versi terbaru akhirnya diperkenalkan di pertunjukan motosikal EICMA 2018 di Milan, Itali. Selain reka bentuk yang lebih segar dan futuristik, model ini dikatakan lebih laju berbanding sebelum ini dengan enjin baru yang lebih berkuasa dan badan yang lebih ringan. Enjin 998 cc empat silinder itu bukan …
Shell Malaysia Tuan Rumah Meet & Greet Peminat Dengan Jorge Lorenzo
Shell Malaysia semalam menganjurkan satu sesi rider bertemu dan menyambut para peminat motorsport dan menyambut Juara Dunia Motosikal Grand Prix (MotoGP) tiga kali, Jorge Lorenzo di Kuala Lumpur. Peminat dapat bertemu dan berinteraksi dengannya semasa sesi ini. Shell Malaysia MotoGP 2018 berlangsung hujung minggu ini dari 2 – 4 November …
Triumph Perkenal Scrambler 1200 XC dan XE
Triumph telah memperkenalkan barisan Scrambler 1200 baharu yang terdiri daripada dua model iaitu XC yang dibangunkan untuk jalan raya dan off-road, dan XE yang dikhaskan kepada tunggangan off-road yang lebih lasak. Kedua-dua model Scrambler ini dikuasakan oleh enjin Bonneville High Power generasi terkini bersesaran 1,200 cc yang menjana 90 PS …
Honda Africa Twin Matte Ballistic Black Metallic Nampak Garang
Boon Siew Honda mengumumkan bahawa Honda Africa Twin kini boleh didapati dalam warna terbaru iaitu Matte Ballistic Black Metallic. Ia akan ditawarkan pada versi Standard, manakala versi Adventure Sports didatangkan dengan skema Tricolor yang merupakan warna signatur Honda. Africa Twin dikuasakan oleh enjin 998 cc silinder kembar selari yang mampu …