Motosikal

Benelli 502C, Leoncino 250 dan TRK 251 Tampil di KLIMS ’18

MForce Bike Holdings telah memperkenalkan tiga motosikal Benelli baharu yang akan memasuki pasaran pada tahun hadapan. Model-model tersebut kini ssedang dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS ’18).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

502C

502c-3

 502C merupakan model urban cruiser yang direka untuk mereka yang mahukan gaya elegan. Ia dikuasakan oleh enjin 500 cc silinder kembar selari yang menghasilkan 47.6 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm pada 5,000 rpm, digabungkan dengan transmisi enam kelajuan.

Kerangka trellis digabungkan dengan fork terbalik berukuran 41 mm dan suspensi monoshock belakang dengan spring preload boleh laras dan jarak pergerakan (travel) 50 mm. Sistem brek merangkumi cakera separa terapung kembar berukuran 260 mm dengan angkup empat omboh di hadapan dan cakera 240 mm dengan angkup omboh tunggal di belakang.

Kelengkapan standard lain termasuklah ABS depan dan belakang, lampu LED dan tangki minyak berkapasiti 21 liter.

Leoncino 250

03

Seperti Leoncino 500, model suku liter ini menggabungkan tradisi dengan gaya temporari, inovasi dan prestasi. Lampu utama LED penuh, panel instrumen digital dan lambang singa pada madgad hadapan didatangkan secara standard.

Kuasa dibekalkan oleh enjin 250 cc silinder tunggal yang menghasilkan 26.8 hp pada 10,500 rpm dan 21 Nm pada 9,000 rpm. Enjin tersebut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api dengan throttle body 37 mm.

Leoncino 250 mempunyai fork terbalik 41 mm dan monoshock belakang dengan jarak pergerakan 51 mm. Cakera berukuran 280 mm dengan angkup empat omboh di depan dan cakera 240 mm dengan angkup omboh tunggal di belakang memberikan kuasa membrek yang mencukupi.

TRK 251

TRK251 3

Didatangkan sebagai versi kecil kepada TRK 502, TRK 251 menawarkan tunggangan jenis ‘adventure’ kepada pemegang lesen B2.

Motosikal ini mempunyai kelengkapan yang sama dengan Leoncino 250 dan ini termasuk sistem suspensi, brek serta enjin. Ia juga didatangkan dengan rim 17 inci yang sama dengan model tersebut.

Bagaimanapun, TRK 251 adalah lebih besar dengan ukuran panjang 2,100 mm, lebar 840 mm dan tinggi 1,320 mm. Model ini adalah seberat 153 kg dan mempunyai tangki bahan api berkapasiti 17 liter untuk memenuhi keperluan penunggang.

 

Previous post

Zaqhwan Tekad Bantu Pasukan Raih Kedudukan Terbaik

Next post

Porsche 911 Baharu Lebih Laju

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>