Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NVX Dikemaskini Untuk Tahun 2019

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan Yamaha NVX versi 2019 yang kini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Race Blu, Fiery Red dan Active Yellow. Skuter itu juga dilengkapi dengan tabung gas pada penyerap hentak belakang untuk meningkatkan pengendalian dan keselesaan menunggang.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menggerakkan NVX adalah enjin Blue Core 155 cc silinder tunggal dengan Variable Valve Actuation (VVA). Enjin tersebut menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 13.8 Nm pada 6,250 rpm, dan seterusnya menyalurkan output ke roda belakang menerusi transmisi automatik V-belt.

18 NVX Blue4

Antara kelengkapan standard yang diberikan adalah lampu LED depan dan belakang, paparan digital 5.8 inci, ruang penyimpanan 25 liter di bawah tempat duduk, soket elektrik serta sistem kunci pintar dengan fungsi ‘keyless start’ dan immobilizer.

18 NVX Yellow6

Dijual pada harga RM9,988, NVX baharu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan bulan ini.

 

Previous post

Promosi Ducati Red Christmas Tawar Rebat Sehingga 80%

Next post

Dapatkan Hadiah & Menang Hadiah Besar Di Stesen Perkhidmatan BHPetrol Taiping

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *