Motosikal / Lain Lain Roda

Promosi Ducati Red Christmas Tawar Rebat Sehingga 80%

Bersempena dengan sambutan Krismas tidak lama lagi, Ducati Malaysia kini menawarkan rebat sehingga 80% menerusi promosi Ducati Red Christmas: Year End Special.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Mulai sekarang hingga 31 Disember, pelanggan Ducati Petaling Jaya bakal menikmati penjimatan sehingga RM50,000 bagi model Ducati terpilih, termasuk Multistrada 950 berharga RM76,000 yang didatangkan dengan Touring Pack secara percuma. Bermula RM115,000, pelanggan kini boleh memiliki Diavel Diesel lengkap dengan pakej sistem ekzos Termignoni.

Ducati Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 70% untuk pakaian Ducati dan Scrambler Ducati sehingga 2 Januari 2019 di Ducati Petaling Jaya.

???????????????????????

Selain itu, terdapat diskaun sehingga 80% untuk aksesori dan alat ganti tulen Ducati dari 10 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019. Pelanggan juga akan mendapat rebat 25% bagi alat servis Desmo sebagai sebahagian daripada program pra-pembelian.

Pelanggan yang membelanjakan minimum RM600 dalam satu resit pula akan membawa pulang sehelai baju-T Ducati bernilai RM250.

???????????????????????

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggannya, Ducati Malaysia turut menawarkan pemeriksaan 15-poin percuma di Ducati Service Clinic Ducati Malaysia, Next Bike Sdn Bhd, Lot 1, Jalan 51A/221, 46100 Petaling Jaya, Selangor, dari 21 hingga 23 Disember ini.

Perkhidmatan ini hanya boleh didapati dari 10 pagi hingga 5 petang. Ia terbuka kepada semua model Ducati, termasuk model yang dibawa masuk secara rasmi dan model ‘grey import’.

 

Previous post

Hyundai i30 N ... Hot Hatch Sebenar Yang Anda Boleh Beli Dari RM270,000

Next post

Yamaha NVX Dikemaskini Untuk Tahun 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *