Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R Dilancarkan di KLIMS 2018

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan dua model terbaru di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018) iaitu Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

ZX-10RR dibangunkan berasaskan jentera lumba Kawasaki Racing Team (KRT) yang ditunggang oleh Jonathan Rea, dengan hanya 500 unit dihasilkan untuk pasaran global. Ia dijual pada harga RM159,900 bagi pasaran Malaysia.

IMG_2756

Model ini menerima pelbagai penambahbaikan, termasuk rod penyambung lebih ringan yang berfungsi mengurangkan daya inersia aci engkol sebanyak 5%.

IMG_2804

Digabungkan dengan ‘finger-follower valve actuation’ yang dipertingkatkan dan lain-lain penambahbaikan, enjin 999 cc empat silinder itu kini menjana 201 hp dan 114 Nm tork. Lengkung tork turut dinaikkan, sekaligus mengekalkan ciri mudah ditunggang ZX-10RR sambil menawarkan peningkatan kuasa.

IMG_2806

ZX-10RR mempunyai satu tempat duduk serta rim Marchesini yang dibalut tayar Pirelli Diablo Supercosa SP. Suspensi turut ditala bagi memastikan pemindahan berat yang lancar semasa memecut dan membrek di litar.

IMG_2802

Sementara itu, Ninja ZX-6R menyertai barisan model berprestasi tinggi Kawasaki Malaysia dengan harga RM79,900.

IMG_2760

Ia dikuasakan oleh enjin 636 cc empat silinder dengan 127 hp dan 70.8 Nm tork. Enjin tersebut menawarkan tork yang lebih kuat pada putaran enjin rendah dan sederhana, menjadikan ia sesuai untuk tunggangan harian.

IMG_2808

Kelengkapan standard lain yang terpada pada ZX-6R adalah Quickshifter, Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan tiga mod tunggangan serta ABS.

IMG_2811

Kuasa membrek dibekalkan oleh cakera sepera-terapung berukuran 310 mm di hadapan dan 220 mm di belakang, serta radial-pump master cylinder. Bahagian panel instrumen menampilkan tachometer analog dengan lampu amaran pada sebelah kiri dan penunjuk kedudukan gear serta LCD pelbagai fungsi pada sebelah kanan.

IMG_2812

 

 

Previous post

Perodua Myvi GT ... Direka Untuk Menguja ... Anda Mahu?

Next post

Kawasaki Malaysia Lancar Minyak Pelincir Jenama Sendiri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *