Motosikal / Lain Lain Roda

MForce Bike Lancar Jenama Motosikal Baharu: WMoto

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan jenama motosikal baharu yang dikenali sebagai WMoto atau Wawasan Moto. Ia merupakan jenama kedua bagi syarikat itu selepas jenama SM Sport yang diperkenalkan pada tahun lalu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagi memulakan operasinya dalam pasaran tempatan, WMoto memperkenalkan model pertamanya iaitu Cub Classic. Menggabungkan rekaan klasik dengan ciri-ciri moden, ia dikuasakan oleh enjin Euro 3 empat lejang 109.2 cc silinder tunggal yang menjana 6.4 hp pada 7,500 rpm dan 8 Nm pada 5,500 rpm.

IMG_2949

Cub Classic dilengkapi dengan penghidup enjin elektrik bersama dengan penendang kaki, port pengecas USB, serta lampu LED pada bahagian depan dan belakang. Apa yang menarik, tempat duduk belakangnya boleh ditanggalkan.

IMG_2947

Bagi ciri suspensi dan brek, Cub Classic didatangkan dengan fork terbalik dan gegelung teleskopik, serta brek dram depan dan belakang. Model ini adalah seberat 100 kg (kering) manakala tangki minyaknya mempunyai kapasiti sebanyak empat liter.

IMG_2953

Cub Classic boleh didapati dalam tiga warna matte iaitu merah, hijau dan hitam. Ia dijual pada harga RM4,588 (tidak termasuk SST, pendaftaran dan insurans) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

IMG_2966

IMG_2942

IMG_2951

IMG_2952

IMG_2954

IMG_2957

Previous post

PROTON Menang Banyak Bulan November Lalu

Next post

Auto Bavaria Menambahbaikkan Pengalaman MINI Di KL

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *