Motosikal / Lain Lain Roda

Perincian Harley-Davidson LiveWire Didedahkan

Harley-Davidson LiveWire telah membuat debut Eropah di pertunjukan EICMA di Milan, Itali baru-baru ini. Berikut adalah perincian mengenai motosikal elektrik tersebut seperti yang diumumkan oleh Naib Presiden Perancangan Produk dan Portfolio Harley-Davidson, Marc McAllister.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Kuasa

LiveWire dikuasakan oleh motor elektrik magnetik kekal yang menghasilkan tork segera ketika pendikit dipulas. Motor tersebut terletak di bahagian bawah motosikal untuk menurunkan pusat graviti sekaligus menghasilkan pengendalian yang baik. Ia juga menghasilkan bunyi yang akan menjadi semakin kuat mengikut kelajuan motosikal.

50055_115th_BC2_181485.2935aa77

Casis

Menggunakan rangka aluminium untuk meningkatkan ketegaran, LiveWire menampilkan suspensi Showa SFF-BP (Separate Function Fork-Big Piston) pada bahagian hadapan dan penyerap hentak mono Showa BFRC-lite (Balanced Free Rear Cushion-lite) pada bahagan belakang.

50085_115th_BC2_181485.2935aa77

Ia turut dilengkapi dengan cakera berkembar berukuran 300 mm dengan angkup Brembo Monoblock di hadapan, tayar Michelin Scorcher (180 mm belakang/120 mm depan), serta ciri ABS dan Traction Control. Terdapat tujuh mod tunggangan yang boleh dipilih – empat daripadanya ditetapkan secara standard dari kilang, manakala selebihnya boleh ditetapkan sendiri oleh penunggang.

50090_115th_BC2_181485.2935aa77

Teknologi

Skrin warna TFT yang terletak di atas bar hendal memaparkan pelbagai jenis info yang mudah dibaca. Ia juga membolehkan pemandu mengakses fungsi seperti Bluetooth, navigasi, muzik dan sebagainya.

50091_115th_BC2_181485.2935aa77

Selain bateri utama yang digelar RESS (Rechargeable Energy Storage System), LiveWire turut dilengkapi dengan bateri lithium-ion 12-volt untuk membekalkan kuasa kepada lampu, paparan instrumen, hon dan sebagainya. Ia boleh dicas menerusi pengecas on-board Tahap 1 yang boleh disambungkan kepada outlet standard di rumah dengan menggunakan kabel yang disimpan di bawah tempat duduk. Ia juga boleh dicas dengan pengecas Tahap 2 dan Tahap 3. Setiap pengedar Harley-Davidson yang menjual LiveWire akan mempunyai stesen pengecasan awam.

50071_115th_BC2_181485.2935aa77

Gaya

Fokus utama LiveWire adalah motor elektriknya yang tersimpan rapi di dalam bekas aluminium yang mempunyai sirip untuk tujuan penyejukan. Badannya dicat menggunakan teknologi mengecat termaju untuk menghasilkan efek logam anodized, manakala fender belakang terletak rapat dengan tayar belakang, membuatkannya hampir tidak kelihatan.

50063_115th_BC2_181485.2935aa77

LiveWire akan memasuki pasaran bermula tahun hadapan. Maklumat lanjut mengenai harga dan proses pra-tempahan akan diumumkan pada Januari 2019.

 

Previous post

Satu Lagi Idea Untuk Mod Toyota C-HR Anda

Next post

Benelli 752S Diperkenalkan di EICMA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *