Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Malaysia Lancar Minyak Pelincir Jenama Sendiri

Buat pertama kalinya di Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia telah melancarkan minyak pelincir motosikal jenama sendiri dengan kerjasama Idemitsu Lube Malaysia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Produk terbaru itu diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018) oleh Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia dan Shin Obata, Pengarah Urusan Idemitsu Lube Malaysia.

IMG_2800

Boleh didapati dalam gred 4T semi-sintetik 10W-40 dan 4T sintetik penuh 10W-40, minyak pelincir baharu ini menawarkan tahap kecekapan bahan api, penukaran gear dan prestasi klac basah yang lebih baik.

Selain itu, ciri pengaliran pada suhu rendah mengurangkan kelusuhan enjin ketika dihidupkan semasa sejuk sementara kestabilan thermal menghalang penjejasan kelikatan minyak pelincir tersebut. Rumusannya juga mengandungi agen pembersihan khas dan dispersan yang dikatakan dapat membantu mencegah pembentukan deposit.

IMG_2801

Kedua-duanya didatangkan di dalam botol 1 liter dengan harga RM29.90 bagi semi sintetik dan RM39.90 bagi sintetik penuh.

 

Previous post

Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R Dilancarkan di KLIMS 2018

Next post

Selebriti Kunjungi KLIMS 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *