Motosikal / Lain Lain Roda

Benelli 752S Diperkenalkan di EICMA

Benelli juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan model terbaru mereka di pertunjukan motosikal EICMA di Milan baru-baru ini. Dikenali sebagai 752S, ia diposisikan dalam segmen ‘naked middleweight’ sebagai pesaing kepada Ducati Monster 797, Yamaha MT-07 dan sebagainya.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

752S menampilkan reka bentuk minimal yang dipadankan dengan kerangka trellis. Walaupun begitu, ia bukanlah jentera yang boleh dikatakan ringan dengan berat basah mencecah 227 kg.

Benelli 752S 02

Kuasa dibekalkan oleh enjin dua silinder bersesaran 750 cc yang menjana 75 bhp pada 8,500 rpm dan 66 Nm pada 6,500 rpm, manakala kuasa yang terhasil disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.

Benelli 752S 04

Sistem suspensi pula terdiri daripada fork terbalik Marzocchi 50 mm yang boleh dilaras sepenuhnya dan penyerap hentak monoshock 45 mm di belakang. Ia mendapat cakera berkembar 320 mm dengan angkup Brembo empat omboh di hadapan, dan cakera tunggal 250 mm dengan angku Brembo omboh tunggal di belakang.

Benelli 752S 03

Selain itu, 752S turut dilengkapi dengan lampu LED dan paparan warna TFT-LCD. Tiada maklumat mengenai harga, namun model ini dijangka memasuki pasaran Eropah bermula pertengahan tahun hadapan.

Previous post

Perincian Harley-Davidson LiveWire Didedahkan

Next post

Nissan Frontier Sentinel Sedia Untuk Misi Menyelamat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *