Motosikal / Lain Lain Roda

TVS Masuk Pasaran Malaysia Dengan 2 Model Baharu

Daju Motors hari ini melancarkan motosikal TVS Apache RTR200 4V Race Edition 2.0 dan Neo X3i, menandakan kemasukan jenama dari India itu ke pasaran motosikal Malaysia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Apache RTR200 4V Race Edition 2.0

IMG_3145

Kuasa untuk model naked ini didatangkan dari enjin silinder tunggal 198 cc yang menghasilkan 21 PS pada 8,500 rpm dan 18.1 Nm pada 7,000 rpm. Dengan kotak gear lima kelajuan yang menggerakkan roda belakang, RTR200 memecut dari 0 hingga 60 km/j dalam 3.9 saat.

IMG_3160

Enjin tersebut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api Bosch serta klac slipper bagi mengelakkan tayar belakang dari tergelincir ketika menurunkan gear dengan agresif.

IMG_3162

Motosikal ini dibina dengan casis double cradle yang dipadankan dengan fork teleskopik depan dan suspensi monoshock belakang dengan compression dan rebound damping. Kuasa membrek pula datang dari cakera bersaiz 270 mm di depan dan 240 mm di belakang.

IMG_3172

Dijual pada harga RM10,950, RTR200 4V Race Edition 2.0 boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, merah, putih, kelabu dan hitam matte.

Neo X3i

IMG_3174

Model kapcai ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 109.7 cc dengan 8.5 hp pada 8,000 rpm dan 8.5 Nm tork pada 4,500 rpm, serta transmisi empat kelajuan.

IMG_3183

Jentera seberat 101.5 kg ini didatangkan dengan fork teleskopik depan dan penyerap hentak berkembar belakang, manakala sistem brek pula terdiri dari cakera hidraulik di depan dan dram di belakang.

IMG_3189

Kelengkapan standard lain termasuklah penunjuk iEcono yang terletak pada panel instrumen dan port pengecas.

IMG_3186

Neo X3i boleh didapati dalam empat gabungan warna iaitu biru/hitam, merah/hitam, jingga/hitam dan hijau/hitam. Harga akan diumumkan kemudian.

 

Previous post

Proton X70 Akhhirnya Dilancarkan. Harga Rasmi Diumumkan. Dari RM99,800

Next post

Perodua Lantik CEO Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *