Berita Auto

Mazda CX-30, MX-30 Terima Anugerah Red Dot 2020

Nampaknya bahasa reka bentuk Kodo terus menerima pengiktirafan daripada badan-badan antarabangsa. Terbaru, Mazda CX-30 dan MX-30 telah memenangi anugerah Red Dot: Product Design 2020. Dimulakan pada tahun 1955, Red Dot merupakan salah satu pertandingan reka bentuk terbesar di dunia. Ini adalah anugerah Red Dot kelapan dan kesembilan yang dimenangi model …

READ MORE →
Berita Auto

Lamborghini Hasilkan Topeng dan Pelindung Muka

Seperti yang anda mungkin tahu, Itali adalah antara negara paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19. Sebagai salah satu pengeluar kenderaan dari negara itu, Lamborghini tidak berdiam diri sahaja. Dalam perkembangan terbaru, Lamborghini mengumumkan bahawa ia telah mula menggunakan kilangnya di Sant’Agata Bolognese bagi menghasilkan topeng muka dan pelindung muka plexiglass. …

READ MORE →
Berita Auto

Ford Ranger Raptor Kini Dengan Ciri Keselamatan Baharu

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia iaitu Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan Ford Ranger Raptor baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan. Ditawarkan pada harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans), trak pikap berprestasi tinggi itu kini didatangkan dengan ‘Autonomous Emergency Braking with Vehicle and Pedestrian Detection’, …

READ MORE →
Berita Auto

BMW M5 Talaan G-Power Dengan 829 hp

Sekali pandang, BMW M5 (F90) berwarna oren metalik ini tampak seperti versi biasa dengan hud dan bampar gentian karbon, namun sebenarnya ia mempunyai lebih daripada itu. Ditala oleh G-Power, jentera yang diberi nama Hurricane RS ini mempunyai 829 hp dan 1,050 Nm, sekaligus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j …

READ MORE →
Berita Auto

Maserati Levante Trofeo Terima Sentuhan Magis Novitec

Dengan 590 hp dan 730 Nm, Maserati Levante Trofeo adalah antara SUV paling berkuasa yang ada di pasaran sekarang. Tetapi jika ada yang merasa jumlah itu tidak cukup tinggi, Novitec sedia memenuhi keinginan mereka. Memperkenalkan Novitec Maserati Levante Esteso yang mempunyai 624 hp dan 820 Nm daripada enjin 3.8-liter twin-turbo …

READ MORE →
Promosi / Tawaran / Peraduan

Beli Kereta Volkswagen Dari Rumah

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan bilik pameran dalam talian (eShowroom) bagi mereka yang ingin membeli kereta Volkswagen. Ini adalah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan semua wakil pengedar Volkswagen di seluruh negara ditutup sementara waktu demi keselamatan pelanggan dan kakitangan. “Volkswagen eShowroom dicipta sebagai penyelesaian alternatif …

READ MORE →
Berita Auto

PKP Fasa Kedua Berkuatkuasa Esok (1 April)

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020. Bagi memastikan orang awam terus mematuhi PKP sekaligus membantu mengekang penularan wabak COVID-19, pihak kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu. Antaranya adalah: Kenderaan persendirian hanya …

READ MORE →
Berita Auto

Honda City 2020 Terima Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

Honda City baharu telah dianugerahkan penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Varian SV yang diuji menerima markah keseluruhan berjumlah 86.54 mata, dengan 44.83 mata untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 22.82 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dan 18.89 mata untuk Teknologi …

READ MORE →
Berita Auto

Proton Serah 50 Unit X70 Kepada Petugas Barisan Hadapan KKM

Pelbagai syarikat dan perniagaan mula tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19. Sebagai contoh, Proton mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). SUV itu akan digunakan sebagai pengangkutan untuk membawa pekerja perubatan ke tempat kerja dan juga ke …

READ MORE →
Berita Auto

COVID-19: Kumpulan Naza Hulur Sumbangan RM1.25 Juta

Kumpulan Naza telah tampil memberi sumbangan sebanyak RM1.25 juta untuk Dana COVID-19 kerajaan sebagai tanda sokongan usaha untuk menangani wabak itu. Cek sumbangan diserahkan kepada Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings SM Nasarudin SM Nasimuddin. SM Nasarudin sumbangan …

READ MORE →