Berita Auto

Lamborghini Hasilkan Topeng dan Pelindung Muka

Seperti yang anda mungkin tahu, Itali adalah antara negara paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19. Sebagai salah satu pengeluar kenderaan dari negara itu, Lamborghini tidak berdiam diri sahaja.

Dalam perkembangan terbaru, Lamborghini mengumumkan bahawa ia telah mula menggunakan kilangnya di Sant’Agata Bolognese bagi menghasilkan topeng muka dan pelindung muka plexiglass.

Menurut syarikat itu, topeng dan pelindung yang dihasilkan akan didermakan kepada Hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna untuk digunakan dalam usaha menentang wabak itu.

Kerja pembuatan topeng dilakukan oleh kakitangan divisyen bahagian dalaman kereta Lamborghini, dengan kira-kira 1,000 unit dihasilkan setiap hari. Sementara itu, sebanyak 200 pelindung muka dihasilkan setiap hari menggunakan pencetak 3D di kilang gentian karbon dan jabatan R&D Lamborghini.

Inisiatif ini diluluskan dan disokong oleh Rantau Emilia-Romagna, dan dilakukan dengan kerjasama Universiti Bologna. Setiap topeng dan pelindung muka yang dihasilkan akan diuji terlebih dahulu oleh Jabatan Sains Perubatan dan Pembedahan sebelum dihantar ke hospital.

Selain itu, sebagai tanda perpaduan dan sokongan kepada negaranya yang sedang dilanda krisis Coronavirus, setiap malam Lamborghini akan memasang lampu dalam warna bendera Itali di ibu pejabatnya.

Previous post

Ford Ranger Raptor Kini Dengan Ciri Keselamatan Baharu

Next post

Mazda CX-30, MX-30 Terima Anugerah Red Dot 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *