Berita Auto

Mazda CX-30, MX-30 Terima Anugerah Red Dot 2020

Nampaknya bahasa reka bentuk Kodo terus menerima pengiktirafan daripada badan-badan antarabangsa. Terbaru, Mazda CX-30 dan MX-30 telah memenangi anugerah Red Dot: Product Design 2020.

Dimulakan pada tahun 1955, Red Dot merupakan salah satu pertandingan reka bentuk terbesar di dunia.

Ini adalah anugerah Red Dot kelapan dan kesembilan yang dimenangi model Kodo Mazda setakat ini, berikutan Mazda3 serba baharu pada 2019, MX-5 RF pada tahun 2017, MX-5, CX-3 dan Mazda2 pada 2015 , Mazda3 generasi sebelumnya pada 2014 dan Mazda6 pada 2013.

Diperkenalkan pada 2019, CX-30 menampilkan evolusi falsafah rekaan Kodo dengan estetika tradisional Jepun. Hasilnya adalah permukaan yang kemas dan cantik yang menjadi penanda aras baharu dalam segmen crossover SUV.

Sementara itu, MX-30 yang merupakan kenderaan elektrik pertama Mazda mengenengahkan reka bentuk Kodo yang lebih moden. Ini dapat dilihat menerusi pintu gaya bebasnya. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Eropah.

Previous post

Lamborghini Hasilkan Topeng dan Pelindung Muka

Next post

Tiada Penjarakan Sosial Dengan 3 Bugatti Klasik Moden Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *